Sunday, September 15, 2013

~Berita Gembira Lagi~

"uwek,uwek,uwek!", kedengaran suara tangis anak kecil memecah kesunyian. menangis dan merengek sekuat hati bagai meminta dipujuk. tatkala kalimat keramat "allahuakbarullahuakbar!" dilafazkan ke telinga kecil bayi itu. tiba-tiba dia senyap dan tekun mencari mendengar bisikan lembut kalimat itu. azan kedengaran halus ditelinga kanannya dan iqamat di telinga kiri. alhamdulillah, linangan air mata sekali lagi gugur tatkala memegang seorang bayi yang merupakan darah daging aku lahir ke dunia. dikala orang lain seangkatan dengan ku telah mengecapai pelbagai kejayaan dalam bentuk yang pelbagai. aku turut merasa menjadi insan yang bertuah atas limpahan rahmat dan kasih sayangNYA ini. walau tidak berupa harta, mahupun wang tapi anugerah ini bagiku lebih bermakna. ini adalah harta akhirat aku dan isteriku. mengharapkan mereka akan menjadi anak-anak yang solehah yang bakal mendoakan kami setelah kami pergi kembali bertemu Allah s.w.t. ini adalah harta yang abadi buat kami. insyaallah. diberi nama Wan Afina Bt Wan Mohd Basyir@ kak ngah menjelang hari ketujuh kelahirannya. telah dilahirkan tepat pada jam 8.45 malam setelah seharian suntuk sang ibu menahan sakit. Hebatnya seorang ibu buat aku benar sedar hakikat pengorbanan mereka yang bertarung nyawa demi menyambung zuriat. juga menggerakkan hati aku dengan azam untuk perbaiki layanan ku terhadap isteri,ibu ku kelak,insyaallah. aku akan usahakan sebaiknya. Selamat datang ke dunia wahai anakku, semoga dikau kuat menempuh dan mengharungi dunia yang penuh pancaroba ini.



Wan Afina pakai tudung


Lena dalam Iman


Diawal usia


Bersama Kak long