Friday, August 28, 2009

bulan ramadhan al-mubarak...


Ramadhan telah dtg bertemu kita kembali…..terasa jauh di sudut hati kegembiraan dan ketenangan…peluang yg tidak selalunya dtg,hanya sebulan sekali sahaja….terimbau seketika kenangan dulu,di zaman kanak2…terlalu ceria merayakan kedatangan bulan ramadhan dengan keseronokan tika berbuka,ditambah pergi terawih bersama teman2 dan aktiviti paling menarik ialah bermain mercun dan bunga api…terasa indah di zaman itu,tidak banyak hal yang perlu difikirkan,hanya tahu berseronok semata2..namun semua itu sudah berlalu dan akan tersimpan kemas dalm lipatan memori..

Ramadhan mempunyai bnyak kelainan serta keistimewaan….para shbt2 rasulullah pada suatu masa dahulu amat merindui bulan ini dan mereka telah bersedia berbulan2 awl untuk bertemu dengannya…terasa begitu istimewanya bulan ini…bulan mendidik,bulan muhasabah.bulan hijrah dan pelbagai nama lgi yg boleh disesuaikan dengan sifat bulan ramadhan ini….terasa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berada di dalamnya….tika diri ini masih bernafas menyedut udara,ada diantara shbt2 yg telah pergi bertemu DIA,sebelum sempat mereka bertemu bulan yg mulia ini…terasa beruntung walaupun sedih dengan pemergian mereka namun sentiasa mendoakan mereka aman di alam kerehatan sebelum bertemu di padang mahsyar…bagaimanakah agaknya perasaan diri ini andai berada di tempat mereka ketika ini….kecewa,sedih,sayu,semuanya bertaut jd satu kerana peluang ramadhan terdahulu tidak ku sempurnakan dengan sesempurna yg mungkin…..ya Allah,ampunilah hamba mu yg sering leka dan alpa ini,Kau tunjukkalan aku jalan yg terbaik untukku,anugerahkanlah kudrat untuk aku berusaha menggapai redhaMu….hamba sedar diri ini hanya insan yg hina di sisiMu….

Carilah diri kita yg sebenar di dalam bulan ini…kerana bulan ini merupakan madrasah untuk mentarbiyyah nafsu,amarah,dengki dan sebagainya….bermacam2 ujian untuk kita yg tersedia namun kita akan berusaha sebaik mungkin untuk menghalang dan menghindarinya kerana bg kebanyakan org ia adalah untuk menghormati bulan ramadhan selain mereka sedar tentang keistimewaan bulan ini…namun begitu dalam kita tak sedar ia turut membentuk diri kita yg baru dengan jiwa yg baru dan jikalau proses ini berlaku sepanjang bulan ramadhan,tidak mustahil kita akan kekal sebagai insan baru yg lebih baik dr sebelumnya walaupun ramadhan sudah berlalu….segala kebaikan adalah fitrah manusia kerana Allah tahu apa yg terbaik untuk kita sebagai hambaNYA kerana DIAlah yg menciptakan kita…tidak ada org yg lebih tahu tentang sesuatu itu melainkan yg menciptakannya….dengan berbuat kebaikan,hati kita akan tenang kerana itulah fitrah segumpal darah yg bernama hati…

Pejam celik kita sudah berada di hari ke 9 ramadhan dan bakal masuk ke suku ke-2 iaitu 10 hari untuk mendapat mahgfirah Allah S.W.T…bulan ramadhan terbahagi kepada 3 iaitu 10 hari yang pertama untuk mendapat rahmat,10 hari untuk mendapat maghfirah dan 10 yang terakhir ialah untuk jauh dari api neraka…selain itu,di 10 malam terakir itu,terdapat suatu keistimewaan yang tidak ternilai iaitu malam lailatulqadar yang merupakan malam yang lebih baik dari seribu bulan….bayangkan lah ganjarannya…malam yang hening dan tenang untuk hambaNYA sujud mengambdikan diri mencari keredhaan dan keampunan MAHA PENGAMPUN…. Marilah sama2 kita hidupkan malam ramadhan dengan ibadah dan amal soleh….ramadhan merupakan suatu pesta yang amat berbeza kerana ia adalah pesta ibadah…semoga kita dapat meraikan dan merayakannya dengan hati yang berbunga dan redha…sama2 lah kita mempertingkat kualiti diri kita sebagai hambaNYa dan menjadi insan dan bukan haiwani mahupun syaitani…insyaallah….

Sunday, August 23, 2009

KEHIDUPAN....



assalamualaikum...sebenarnya tak tahu nk tulis pe tp takpelah sebagai permulaan,saya nk cerita pasal hidup...semua orang ade kehidupan masing2. Hidup ini bermula sejak kita dilahirkan di muka bumi Allah s.w.t ini.Mungkin sebulan dua,kita belum sedar tapi sebenarnya kita telah pun menjalani sebuah kehidupan pada usia itu. Bermula dari itu jugalah kita mengenal dunia dan mula belajar tentang banyak perkara. Apabila kita mula sedar, kita akan semakin banyak belajar,antaranya berjalan,bercakap.minum.makan dan sebagainya.

Kita dibelai,dijaga dan diasuh dengan sebaik yg mungkin oleh ibubapa kita. Mungkin ia menjadi tanggungjawab mereka namun ia bukan kerana terpaksa tapi atas dasar kasih sayang. Ibubapa mana yg tidak sayangkan anak kn??sedangkan haiwan pun pandai mengasihi anak2nya. Semakin lama,kita semakin dewasa,sepanjang perjalanan masa itu juga banyak perkara yg kita lalui dan hadapi. Ia bukan suatu tempoh yg singkat kerana mungkin ia memakan masa 20 tahun,10 tahun malah mungkin juga 50 tahun sehinggalah usia kita pada hari ini.

Setiap orang melalui perjalanan hidup yang berbeza kerana ia telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t. Bukan salah siapa namun terimalah seadanya kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin ada diantara kita yang melalui peristiwa pahit dan ada juga yg manis. Beruntung pada yg hidupnya dihiasi keselesaan dan kebahagiaan,bersyukurlah dan hargailah apa yang anda perolehi kerna tika anda bergembira ada yang sedang berduka. Biasanya yang pahit itu ubat namun pahit ubat mampu ditelan tapi pahitnya kehidupan memang sukar untuk dilupakan. Namun begitu,janganlah kau menangisi takdir yang telah tertulis, lihatlah sekelilingmu, masih ramai sahabat2mu yang sentiasa sedia menyokong dan membantumu. Cakap memang senang tapi kita ada akal untuk berfikir, daripada kita pasrah dan putus asa, lebih baik kita cuba sedaya upaya mampu dan letak segala2nya pada Allah s.w.t.....peringatan untuk diri dan kawan2,insyaallah...maafkan yg tersilap dan terlajur tulis...sekian,wasalam....=)

Friday, August 21, 2009

assalamualaikum....

assalamualaikum w.b.t....dah lama sebenarnya simpan rasa dan hajat di hati ini untuk menulis...baru hari ini sejarah tercipta dan diberi peluang oleh Allah...memohon ribuan kemaafan atas kekurangan diri ini...marilah sama2 kita memanjatkan setinggi rasa kesyukuran kpd ALLAh s.w.t kerana masih beri kta peluang untuk merasai dua nikmat yg terbesar iaitu nikmat iman dan islam...selawat dan salam atas nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda yg telah banyak berkoran dan bejihad demi kalimah LAILAHAILLAH sehinggalah sampainya islam kepada kita...diri ini hanya insan biasa dan hambaNYA yg lemah serta banyak kekurangan,namun akan cuba perbaiki untuk menjadi hamba yg lebih taat dan insan yg lebih baik....memerlukan rakan2 untuk kita saling ingat memperingati kerana manusia tidak dicipta sendirian,kita adalah suatu umat yg kita diikat dengan ukhwah atas dasar akidah yg begitu utuh berbanding ikatan lain...ingin meletakkan islam di tempatnya iaitu islam itu tinggi dan tidak ada yg lebih tinggi darinya...semoga impian ini akan tercapai kerana sedar hidup di dunia pasti mati,hidup di akhirat kekal abadi...berusaha untuk membuatkan hati ini sensitif dengan hal2 agama kerana amat takut jika Allah tarik kembali hidayah yg dianugerahNYA...sampai di sini dulu insyaallah...semoga kita dapat bertemu lg=)