Thursday, December 8, 2011

setahun sudah berlalu....



"aku terima nikahnya Nur'atiyah binti Mansor dengan mas kawin RM3000 tunai", lafaz yang aku masih ingat dalam dengar tak dengar dek ditelan kegugupan jantung dan debar hati....nasib baik saksi dengar!!!kira sah la...alhamdulillah,kalau tak jenuh pulak nak sebut sekali lagi....10/12/10 tarikh yang dipilih menjadi saksi kami bersatu untuk mengharap redhaNYA....kini,dalam tak sedar, dah hampir setahun kami hidup bersama....sekejap terasa masa berlalu....tak lama lagi kami pun akan menimang cahaya mata sulung...alhamdulillah,syukur padaNYA..telah begitu banyak pengalaman baru yang kami lalui...ada yang gembira,ada yang sedih,ada yang kecewa,ada yang bangga dan bermacam-macam lagi..bak kata orang masam manis dan asam garam rumahtangga la katakan....dulu selalu fikir,macam mana la nak kahwin kalau kerja pun tak ada lagi..rungsing dibuatnya...(nasib baik kahwin dapat sponsor FAMA)...kene ganti balik duit sponsor tu,mungkin dengan cara yang lain,insyaallah....besar sungguh pengorbanan kedua ibu bapa kami..terima kasih umi&abah serta mama&abah...jasamu tetap akan kami kenang sampai bila-bila(ikhlas)....fikir punya fikir,dah kahwin dah...sekarang bermulalah alam realiti rumahtangga kami...aku masih lagi digelar penganggur berjaya...serik rasanya nak dapatkan kerja..macam-macam terpikir nak buat...sehinggalah suatu hari,setelah berbincang sedikit sebanyak dengan seorang sahabat UiTM
@batu feringhi
 ( Daud Mili), kami merancang untuk membuka satu perniagaan kecil-kecilan sementara tunggu dapat kerja tetap..usaha punya usaha,sembang punya sembang,akhirnya terbuka la gerai kami,gerai goreng pisang yang terletak di tapak pasar malam sek 7,shah alam...(penat jugak la nak buka dan tutup gerai kecil ni)...takdir Allah telah menentukan gerai kami hanya bertahan lebih kurang seminggu sahaja..kerana selepas itu,kami masing-masing mendapat pekerjaan yang lebih baik..alhamdulillah.....selesai satu hal dalam hidup rumahtangga kami( isteriku masih lagi kerja sambil belajar ),ada la juga back-up perbelanjaan kami sementara aku belum dapat kerja..(terima kasih ye awak)....

aku telah diterima bekerja sebagai jurutera muda di sebuah syarikat swasta di selayang...jauh juga dari shah alam untuk aku ulang alik.tapi disebabkan susah nak dapat kerja buat masa ini,aku terima jelah..(syukur Allah bagi peluang ni)..jadi bermulalah hariku sebagai jurutera...tempoh perjalanku dari shah alam ke pejabat lebih kurang 45 minit kalu tidak sesak...jadi,pagi-pagi lagi jam 6.30 pagi aku dah kene keluar dari rumah,kalau tidak memang lewat la sampai pejabat...awal-awal kerja tu,agak lengang masaku dipejabat..(tidak banyak kerja sangat,maklumlah orang baru)..jadi tepat jam 5.30 petang aku dah balik dan maghrib baru aku sampai rumah..begitulah seharianku hinggalah kerja semakin banyak,balik pun semakin lewat..


@bukit tinggi
pada awal bulan 4,kami menerima berita gembira, isteriku disahkan mengandung...kami bersyukur sangat kepadaNYA kerana menganugerahkan amanah ini yang bakal menguatkan ikatan kasih sayang antara kami,insyaallah...bermula dari hari itu,aku perlu lebih berjimat supaya dapat bersedia untuk isteriku bersalin dan segala keperluan baby kami kelak....awal-awal mengandung, alahnya agak teruk juga...nak makan tak berselera....kalau berselera pun,hanya sedikit sahaja yang mampu ditelan...aku usaha untuk penuhi permintaan isteriku walaupun akhirnya aku juga yang habiskan semua...loya yang selalu dikaitkan dengan perempuan mengandung pun turut dirasai isteriku...asyik rasa nak muntah je..makan sikit,muntah...selalu nasihatkannya, orang perempuan untung sebab dapat rasa sakit mengandung dan bersalin sebab Allah nak kafarahkan dosa-dosa mereka yang lalu...sebelum tiba bulan ramadhan,kami telah mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah umi&abahku dek kerana isteriku tidak tahan untuk menahan bau dari kawasan rumah flat yang kami diami...(mungkin untuk sementara waktu sehingga lah isteriku melahirkan baby kami)


@bukit ampang
setelah berpindah ke gombak,tempat kerja aku jadi lebih dekat dengan rumah...lebih memudahkan aku lah..alhamdulillah...tetapi isteriku pula perlu untuk berulang alik dari gombak ke shah alam untuk mengajar dan belajar di sana...kesian isteri aku...aku selalu bertanya,"boleh tak ni ulang alik jauh?"...dia selalu jawab ,"boleh" dengan menghadiahkan senyuman...(tabah dan cekal sungguh isteriku ini)..aku berasa sangat bertuah kerana dianugerahkan Allah isteri yang sebegini hebat..(syukur teramat sangat)...dalam pada masa yang sama ,isteriku tetap menjalankan tanggungjwabanya di rumah...aku sangat kagum dan simpati..(aku tolong lah buat apa-apa yang patut)...mungkin dia lebih sanggup ulang alik berbanding menahan bau busuk di kawasan rumah flat kami tu..


tidak lama lagi kami akan menimang cahaya mata....kami berasa sangat teruja dan tidak sabar untuk menatap anak kami nanti...."semoga dia menjadi anak yang soleh dan solehah yang mampu menjadi pejuang agamaMU ya Allah serta akan mendoakan kami setelah kami pergi menghadapMU ya Allah",doa yang sering kami titipkan disetiap kali usai solah berjemaah...semoga rumahtangga kami akan kekal bahagia dunia dan akhirat serta diredhaiNYA...kami ingin BERCINTA HINGGA KE SYURGA,insyaallah...:)

kenangan kami...:)

@wedding sebelah pengantin lelaki

@metropolitan kepong

@kota bharu

@segamat

@perlis
@konvo uitm

@kampar,perak

Monday, October 31, 2011

subhanallah!!!!cantiknya.....

sedikit penulisan santai yang ingin ditarikan oleh jari jemariku di atas papan kunci ini...mungkin bercerita tentang kehidupan aku sendiri...lebih kepada diari mungkin....bulan madu adalah suatu yang sangat sinonim buat pengantin baru dan kadang-kadang,belum kahwin pun dah pikirkan pasal bulan madu....istimewa jugak ye bulan madu ini...bila sebut madu,pasti teringat manisnya...mungkin inilah yang menjadikannya istimewa...melakar dan merakam saat manis di awal usia sebuah perkahwinan...tapi lagi bagus kalau bulan madu tu dapat dilaksanakan sepanjang perkahwinan.....barulah sentiasa mersai saat kemanisan itu...kasih sayang yang bertaut hanya keranaNYA....lahir dari rasa cinta fitrah anugerah Illahi...

jadi aku juga turut termasuk dalam golongan berfikir tentang bulan madu....mana agaknya nak pergi bulan madu???orang kaya-raya mungkin boleh ke 'oversea'...kota london mungkin,australia mungkin dan berbagai lagi....dalam Malaysia pun tidak kurangnya,langkawi,pulau pangkor....aku baru dapat kerja waktu itu,jadinya sudah pasti bajet aku tidak lah semampu orang lain....fikir punya fikir..alhamdulillah,Allah bagi aku idea..pergi yang dekat-dekat sudahlah....tak la perlu ambil cuti pula untuk pergi bulan madu.....mana nak pergi???Bukit Tinggi.....dekat jek....tak perlu bermusafir pun....dengar dari cerita kawan-kawan,tempat tu agak menarik dan unik....sangat cantik....jadi..marilah kita menikmati kecantikan anugerah Allah...disamping itu,dapat juga kita tadabbur alam dan melihat kebesaranNYA,insyaallah...:)


alhamdulillah,dah sampai



bangunan pertama


hasil tangan kami

bersama badut belon

makan malam kami


suasana malam

atas menara tinjau

japanese garden

water pool
begitulah perjalanan kisah kami di sana buat 2 hari 1 malam....alhamdulillah,kerana diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk sampai jua di sini....semoga setiap apa jua yang kita lakukan diterima oleh Allah sebagai ibadah dan tanda ubudiyyah kita hanya kepadaNYA,tuhan yang MAHA PENCIPTA dan MAHA PENGASIH.....

Thursday, October 27, 2011

Ahhhhh!!!!!kerja.....

dunia pekerjaan
wah!sibuknya sejak kebelakangan ini...kerja di pejabat bagai tidak mahu berhenti menuntut aku menyelesaikannya...kerja,kerja,kerja...bagaikan itulah sahaja duniaku sekarang...mungkin bukan hanya padaku,mugkin juga sedang dialami oleh teman seperjuanganku dulu...bagaimanakah agaknya mereka ye??harapnya mereka semua dapat menghadapi dunia mereka sekarang dengan sesuatu yang positif,insyaallah....kenapalah kita ini sibuk sangat ye??tiap masa sibuk,keluar pagi,balik malam....esok,ulang lagi...waktu cuti umum pun masih bekerja...walau tidak bekerja,namun otak ligat memikirkan kerja di pejabat...agaknya dimanakah masa kita untuk perkara yang lain??susah kita nak jawab....kita cuba cari masa senggang dalam perjalanan kehidupan kita sekarang ini....kita bagaikan robot yang bernyawa....tanpa kita sedari,sebenarnya yang menyibukkan kita adalah sistem...sistem jahilyyah...kita dapat lihat kesibukan kita hanyalah dunia semata hingga terkadang terabai hal akhirat kita....kita mengutamakan yang tidak sepatutnya,yang utama pula kita pinggirkan...yahudi telah berjaya memimpin umat islam dan seluruh masyarakat dunia untuk hidup dengan cara hidup mereka....tanpa kita sedari minda dan jiwa kita dijajah oleh jahiliyyah dan musuh-musuh islam.....


harta dunia yang akan ditinggalkan

didoktrin dengan kepentingan duniawi....dunia adalah agenda kehidupan kita...jika kita tertinggal mengenai dunia,kita akan terus ketinggalan....dimomokkan dengan kemunduran insan yang beragama....kemunduran material dunia manjadi ukuran dan perbandingan kita.....sebenarnya kita sedang melangkah menuju kesia-siaan dan kerugian....rugi di akhirat yang bakal menyediakan kehidupan abadi....biarlah papa di dunia namun kita bahagia di akhirat...islam itu datang dengan kesyumulan....lengkap dari segala aspek kehidupan....islam tidak pernah memisahkan dunia dari islam...kita dapat lihat sejarah para ilmuwan islam terdahulu....menjadi tokoh islam yang berjaya menjadi mukmin yang sebenar serta menjadi insan yang sangat hebat dalam bidang keduniaan....selain daripada itu,kita juga sibuk hingga kita lupa kerja yang dituntut Rasulullah untu kita laksanakan....islah nafsaka wad'u ghairuka....sentiasa perbaiki diri kita dan ajak orang lain kepada kebaikan...DAKWAH...


pengisian hati


suatu kerja yang senantiasa juga menuntut kita untuk dilaksanakan....suatu kerja yang tidak akan pernah berakhir hingga hari kiamat....menjadi satu kewajipan dan tanggungjawab setiap daripada umat islam untuk melaksanakannya....tidak dilupakan juga proses yang perlu kita sentiasa titikberatkan...TARBIYYAH...suatu proses didikan hati yang akan  membentuk kesediaan hati dalam mencari keredhaan Allah semata lantas melahirkan peribadi diri seorang muslim yang juga dituntut Allah s.w.t....marilah sama-sama kita bermuhasabah dan koreksi diri kita dalam rangka memperbaiki diri kita dan perbetulkan matlamat serta niat kita dalam setiap yang kita laksanakan....jika kita tidak kuat untuk meningkah arus jahiliyyah ini,kita akan hanyut dan lemas dalam gelora arus deras ini hingga kita akan menjadikan hati kiita mati sebelum jasad kita...dunia hanya sementara,akhirat kekal selamanya...jangan kita siakan kehidupan akhirat kita semta demi keduniaan sementara....insyaallah...


tempat kita kembali

Thursday, September 8, 2011

Sajak Pejuang.......

Di dalam perjalanan perjuangan ini,
Telah ramai yang terkorban diri,
Namun mereka tidak mati,
Hanya cuma sepi menyendiri.

Dulu bicaranya dengan rasa,
Kini mengikut hati serasanya,
dulunya penuh tawadhuk,
Kini semuanya mahu ditunduk.

Islam hilang mutiara,
Namun kita tidak pernah putus asa,
Walau kini tidak bersama mereka,
Perjuangan tetap berkobar di dada kita.


Pada tanggal 1 syawal tahun ini...tiba-tiba datang ilham untuk menukilkan sepotong sajak buat para pejuang agama...agar sentiasa berhati-hati dalam kita beramal dan berbakti....perlu pastikan segalanya kerana Allah  dan bukan kerana yang lain....yang kita mahukan redha Allah bukan redha manusia...yang kita mahukan janji Allah dan bukan janji manusia...ingatlah!!!!!

Sunday, September 4, 2011

Alhamdulillah!!!Selamat Hari Raya Aidilfitri....


Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah....selayaknya kita bersyukur kepada Allah s.w.t kerana akhirnya kita telah berjaya melalui bulan madrasah dengan jayanya,insyaallah...semoga kita benar-benar meraikan kejayaan itu...kejayaan dalam mempertingkatkan diri kita,mempertingkatkan keimanan kita,mempertingkatkan ketaqwaan kita dan sebagainya.....takbir!!!!Allahuakbar!!!....bergema suara takbir di pagi hari raya menandakan hari kemenangan ini....

Ramai yang mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung bagi merayakan hari penuh barakah dan keberkatan ini bersama-sama sanak saudara dan ahli keluarga....walau jauh perjalanan tidak terasa kerna dek terbayang kampung halaman yang permai lagi mempersona...terbayang wajah ibu dan ayah,adik beradik yang telah lama ditinggalkan kerana mencari rezeki...angin bayu kampung,kicauan burung berterbangan bagai menggamit rasa di hati...terkenang sambutan raya sewaktu kecil kita bermain dan bergembira....kepulangan kita disambut tangisan dan air mata....suasana yang sangat meriah menyelubungi diri kita dengan gelak tawa dan riuh rendah senda gurau...silaturrahim antara kita bertaut kembali dan menjadi semakin erat....Allhamdulillah!!!suatu hikmah di HARI RAYA AIDILFITRI ini..

Dalam kita bergembira pasti ada yang sedang berduka....raikanlah dengan sekadarnya dan jangan dilupa pada mereka yang kesusahan..hulurkan bantuan seadanya...peluang kita sentiasa terbuka untuk terus beramal dan berbakti...ajaklah mereka datang ke rumah,menikmati juadah yang tersedia...semoga kita sama-sama dapat meraikan hari berbahagia ini...Alhamdulillah!!!suatu hikmah lagi di HARI RAYA AIDILFITRI ini...

Syawal menjelma menandakan berakhirnya Ramadhan....sebulan berlalu bagaikan tidak terasa....rindunya kita pada Ramadhan...adakah kita akan bertemunya lagi??harap-harap usia kita dipanjangkan sehinggalah kita bertemunya kembali....semoga sebelas bulan mendatang ini dapat kita gunakan sebagai medan ujian dengan sebaiknya.....insyallah...semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu...taqaballah hu minna wa minkum...Selamat Hari Raya Aidilfitri...Minna aidil wal faizin....menyusun sepuluh jari memohon keampunan dari Allah s.w.t dan dari anda semua....:)


Raya ke-4@Perlis
Raya ke-2@ Kelantan

Raya ke-1@Perak


Wednesday, August 24, 2011

menyambut peluang....



Assalamualaikum....hari ini,saya telah membaca satu blog yang membuatkan saya ingin menulis pada ketika ini dan saat ini....suatu tajuk yang menjadi isu hangat sejak kebelakangan ini....terutama sekali kepada umat Islam seluruh dunia yang 'sedar'...namun begitu masih ramai juga umat islam di dunia ini tidak 'sedar'....oleh itu,penulisan kali ini diharapkan dapat membuatkan yang tidak 'sedar' kepada sama-sama 'sedar'...insyaallah



 


Apa ceritanya??macam suatu isu besar je...adakah kita dihina??adakah kita akan ditimpa kesusahan??...ish,kitakan rakyat Malaysia yang terkenal dengan keamanan dan kemakmuran..ditambah lagi dengan kehidupan yang senang dan serba lengkap....eh,BUKAN KITAlah!!!....tapi saudara-saudara KITA di SOMALIA yang sedang dilanda kemarau yang sangat teruk dan menyebabkan ramai diantara mereka yang mati kebuluran...hampir 100% penduduk di sana beragama Islam...jadi??mereka adalah SAUDARA-SAUDARA kita...so,kita perlu menghulurkan bantuan serta pertolongan kepada mereka...ia selari dengan sabda Rasulullah s.a.w...

Dari Abu Hamzah, bahawa berkata  Anas bin Malik r.a.,  Rasullullah s.a.w. bersabda:

"Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri".
( hadith sahih riwayat Bukhari )

jadi marilah sama-sama kita "menyedarkan" diri kita ini dengan isu saudara-saudara kita yang sangat memerlukan pertolongan serta bantuan kita...ayuh!!jangan berlengah lagi...ditambah Ramadhan yang masih berbaki menjadi suatu PELUANG BESAR buat kita untuk beramal dalam pekara ini,insyaallah...:)






p/s : lupe nak bagitau blog sapa yang saya baca tadi...hehehe...inilah blognye..mr-iq.blogspot.com...untu mendapatkan maklumat lebih lanjut,boleh la melawat ke blog ini ye...:) 



kekurangan makanan
kekurangan zat makanan

Thursday, August 18, 2011

cerita anak kecil.....

Suasana sejuk menyelubungi bumi....kelihatan embun pagi masih tersisa di atas dedaunan...angin yang bertiup bayu namun menusuk hingga ke tulang sum-sum....suatu pagi yang tenang dengan kicauan burung-burung yang keluar mencari rezeki...."dushhhhhh!",limpahan air telaga mengenai tubuh kecil seorang kanak-kanak...dalam keadaan tubuh yang mengigil,ahmad mandi jua demi suruhan ibunya yang tersayang...pagi ini adalah pagi yang cukup istimewa buatnya....selesai sahaja mandi, ahmad pun naik ke rumah dan mengenakan sepasang baju putih serta seluar biru yang telah digosok rapi ibunya pada malam semalam..."ahmad,solah subuh dulu ye..nanti lewat pulak",jerit ibunya dari ruang dapur...seusai solah subuh,ahmad pergi mendapatkan ibunya di dapur..."ibu,ahmad lapar la",kata ahmad.."makanlah,ibu masakkan nasi lemak kegemaran ahmad hari ni..",dengan senyuman ibunya menyendukkan nasi lemak ke pinggan anak kesayangannya itu...."bismillah",doa ahmad mengiringi suapan nasi lemak panas itu ke mulutnya....sambil ahmad makan sarapannya...ibunya bertanya"ahmad dah siapkan pape yang patut sebagai persediaan?"..."gulp..",ahmad menelan tegukan air sebelum menyambut pertanyaan ibunya..."dah ibu,ahmad dah masukkan buku,alat tulis ke dalam beg sekolah"...ibunya bertanya lagi"tahu tak kenapa nak kene gi sekolah ni?"..."hurmmm..nak kene belajar rajin-rajin..supaya nanti boleh bantu ibu pulak bila ahmad dah berjaya".."kat sekolah nanti,dengar cakap cikgu,tumpukan perhatian bila cikgu mengajar tau...jangan main-main",pesan ibunya kepada ahmad...

Di kelas darjah 1Bestari terdengar suara guru bahasa melayu mengajar anak-anak muridnya mengenal huruf..."ini huruf A,bunyinya AAAAA....!""A untuk ayam"..setiap perkataan yang keluar dari mulut cikgu maimunah diiringi suara-suara kecil menyahutnya....

Selepas waktu rehat...cikgu idris pula masuk untuk mengajar..."sebut nombor ini ye...SATU!"..."SAAAAATTTUUUU",seolah berteriak anak-anak kecil itu menyebut nombor pertama itu....ahmad berada di dalam kelas dan belajar dengan tekun..setiap apa yang diajar,dia cepat-cepat hafal dan ingat supaya mudah untuknya membuat ulangkaji semula nanti....

Setelah setahun berlalu.....ahmad telah pun selesai menduduki peperiksaan akhir tahu..."horey!",teriak murid-murid kelas 1Bestari...mungkin terlalu seronok kerana peperiksaan telah tamat dan menandakan mereka akan bercuti panjang....

"Sekarang ahmad dah abis belajar dalam darjah satu,ada apa-apa yang ahmad dapat tak setakat ni?",soal ibu ahmad kepadanya pada petang itu ketika dia sedang sibuk membasuh kasut sekolahnya untuk disimpan sepanjang cuti sekolah ini..."banyak dah yang ahmad belajar kat sekolah..ahmad belajar kenal huruf A sampai Z dan juga nombor 1 sampai 50",sambil menghadiahkan sekuntum senyuman buat ibunya....



Kisah anak kecil bernama ahmad....apa sebenarnya motif dan objektif cerita ini??hurmmmm...macam boleh dikaitkan dengan Ramadhan jek...owh...yelah..bulan ramadhan kan bulan madrasah...bulan sekolah..analogi yang menarik....Ramadhan melahirkan manusia yang lebih baik dari sebelumnya....untuk mencapai objektif ramadhan ini...kita perlulah persiapkan diri kita sebelum tiba bulan ramadhan lagi...dan kita perlu bersungguh melalui proses di dalam bulan ramadhan...dan apabila tiba 1 syawal...kita akan meraikan diri kita yang baru...insan yang lebih baik...insan yang lebih beriman dan bertaqwa kepada Allah..insyaallah...tepuk dada tanyalah sape-sape yang anda ingin tanya...semoga kita dapat saling lengkap melengkapi terutama ketika peluang ramadhan yang masih berbaki ini....semoga kita dapat speed up amal kita dan usaha kita..insyaallah..:)

Wednesday, August 3, 2011

bonuslink di bulan RAMADHAN....





assalamualaikum....hari ini 4 Ramadhan 1432H bersamaan dengan 4 Ogos 2011...dah masuk hari keempat menjalani ibadah puasa pada tahun ini....mungkin puasa pada tahun ini sangat istimewa buat aku kerana pertama kali meraikan bulan Ramadhan ini sebagai seorang suami...banyak perkara baru yang dirasai...kebanyakannya kami lakukakan bersama.....ke masjid untuk terawih, ke bazar Ramadhan, tadarus Al-quran dan sebagainya..alhamdulillah....semoga Ramadhan kali ini memberi  peluang untuk aku melaksanakan ibadah ini lebih baik dari Ramadhan sebelum-sebelumnya...aku berasa sangat-sangat bersyukur atas segala yang telah dikurniakanNYA kepadaku....



tajuk post ini adalah bonuslink di bulan Ramadhan....sebenarnya tajuk ini diambil bersempena sebuah forum yang akan diadakan di KPM Branang pada hujung minggu ini...

sekadar ingin berkongsi input yang bakal disampaikan di forum berkenaan....

harap-harapnya mampu memberi peringatan buat diri sendiri terutamanya dan juga kepada orang lain,insyaallah....


soalan pertama

bagaimanakah bulan Ramadhan dapat mendidik umat islam serta membentuk ummah yang berjiwa Rabbani????

soalan kedua 

apakah yang menyebabkan amalan puasa ditolak???

soalan ketiga

bagaimanakah hendak istiqamah melakukan amalan sunat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan????


agak mencabar juga soalan-soalan yang diajukan ini...
cuba jelah jawab yang terbaik dan setakat yang mampu kan..semoga Allah permudahkan segalanya..

        Secara tuntasnya, bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat istimewa bagi semua umat islam di dunia ini...sejak zaman Rasulullah,para sahabat sangat menanti-nanti bulan ini dan apabila perginya Ramadhan,mereka menangis kerana bimbang tidak mempunyai peluang untuk bertemunya lagi...disini,tidak dapat digambarkan betapa istimewanya Ramadhan kepada para sahabat Rasulullah....

        Bulan Ramadhan dikenali dengan pelbagai nama seperti bulan mulia,bulan tarbiyyah,bulan madrasah dan sebagainya...nama-nama ini diberikan berdasarkan sifat sebenar bulan Ramadhan ini sendiri..pelbagai hikmah dan kebaikan yang dapat kita perolehi dalam bulan Ramadhan ini...antaranya ialah pahala sunat digandakan kepada pahala wajib dan pahala wajib digandakan 70 kali ganda...pemurahnya Allah dalam rangka memotivasikan diri kita untuk mengejar janji Allah dan segala yang diganjarkanNYA...semua ini adalah peluang kepada kita bagi melatih diri untuk lebih kuat beribadah kepadaNYA kerana seperti mana yang kita sedia maklum..penghidupan kita di dunia ini hanyalah untuk kita melaksanakan ubudiyyah kita kepada Allah semata dan  tidak ada selain dari itu..seperti mana yang telah difirmankan Allah dalam surah Adzzariyyat...dengan latihan yang kita jalani selama sebulan ini dapat melahirkan diri kita yang baru, yang lebih baik dalam usaha untuk menjadi insan Rabbani dan seterusnya membentuk ummah yang berjiwa Rabbani...jiwa-jiwa yang sentiasa ingin dekat dengan Allah dan sentiasa berusaha untuk mencari mardathillah..


Imam ghazali telah membahagikan puasa manusia ini kepada tiga golongan....

iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khususul khusus....

puasa umum adalah mereka yang berpuasa hanya dengan menahan lapar dan dahaga...

puasa khusus pula ialah puasa mereka yang berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga serta anggota tubuh badan mereka yang lain...

manakala puasa khususul khusus pula ialah puasa bagi mereka bersih hati dari syirik kepada Allah, mereka yang redha ketentuan Allah, mereka yang mengejar dan membuktikan cintanya kepada Allah...

jadi di manakah diri kita di dalam tiga golongan manusia yang berpuasa ini??...marilah kita menilai puasa kita...

ramai yang mampu menahan lapar dan dahaga tetapi ramai yang kecundang pada perkara-perkara yang lain...puasa mereka memang tidak akan ditolak tapi sebagai hambaNYA, adakah kita ingin mepersembahkan sesuatu yang terbaik atau pun yang buruk kepada Allah di akhirat kelak....tepuk dada dan tanyalah diri anda sendiri...

           Persediaan memasuki bulan Ramadhan adalah sangat penting kerana seperti yang digambarkan oleh ustaz Sa'id Hawwa dalam kitabnya Al-Islam..Ramadhan ini umpama sebuah sekolah...secara asasnya kita perlu bersedia unuk memasuki sebuah sekolah dengan pelbagai kelengkapan termasuklah mindsetting kita ataupun azam kita...dan di sekolah itu,kita akan melalui pelbagai proses dan akhirnya apabila kita keluar, kita telah menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya...analogi ini sangat sesuai dengan Bulan Ramadhan...jika kita  telah bersedia untuk memasuki Ramadhan, kita akan berusaha semaksima mungkin untuk melaksanakan segala ibadah dan tuntutan Allah termasuklah amalan-amalan sunat..kerana ingat lagi tak berapa ganjaran untuk amalan sunat di bulan Ramadhan??begitu besar pahala yang dijanjikan Allah kepada kitakan...jadi setelah itu,pada 1 syawal, kita akan menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya kerana kita telah melalui Ramadhan dengan usaha yang terbaik...dan insyaallah,apa yang kita dah laksanakan di bulan Ramadhan kita perlu cuba kekalkan pada bulan-bulan seterusnya sehingga kita bertemu lagi bulan Ramadhan untuk kita perbaiki lagi kekurangan kita...jangan bimbang, perasaan malas untuk buat perkara sunat ini pada luar bulan Ramadhan akan lahir jika kita cuba untuk meninggalkan amalan itu...jika kita berusaha untuk istiqamah,segalanya tidak mustahil...


Begitulah sedikit huraian dari beberapa soalan di atas...harapannya terjawablah soalan-soalan itu...maaf atas kekurangan dan yang kurang itu dari diri ini, hambaNYA yang lemah dan yang baik itu dari Allah s.w.t..semoga kita sama-sama memperoleh keredhaan Allah di bulan Ramadhan ini dan juga sepanjang hayat kita di dunia,insyaallah...



bazar Ramadhan

terawih
tadarus Al-Quran

sekian,sehingga bertemu lagi...   

Friday, July 15, 2011

aku tidak mulia.....



aduhhhhhhhhhhhh!!!!.........keluhan panjang yang mebuatkan nafasku bagai tersekat di kerongkong...tersekat dengan segala permasalahan dan persoalan yang sering bermain-main di benak fikiranku....AKU INGIN BERUBAH....aku kenal diri aku lebih dari orang lain...aku terlalu banyak lakukan dosa....aku sering lalai dan lupa....aku TAHU tapi aku BUAT juga...aku TAHU salah tapi aku BUAT juga...aku TAHU semua pasal itu tapi aku BUAT juga.....arghhhh!!!!!masihkah ada peluang untuk aku BERUBAH????Ya Allah,masihkah ada peluang untuk hambaMU ini...hambaMU yang TAHU segala berkaitan yang dia lakukan itu SALAH dan DOSA tapi masih tetap BUAT juga...kuatkan lah hatiku ini agar dapat terus iltizam dan istiqamah dalam usahaku BERUBAH dari diriku yang DULU kepada yang BARU....aku perlu berubah...aku SEDAR,aku telah jauh dari Allah suatu ketika dahulu....kenangan itu bagaikan menghantui diriku...aku hanyut dalam segala keasyikan maksiat yang mendodoikan nafsuku...aku hilang pegangan dan campakkan segala kefahaman ku demi memenuhi kehendak NAFSU........benarlah sabda Rasulullah,musuh yang paling berat dan hebat adalah NAFSU kita sendiri.....berada begitu hampir denganku hingga aku tidak mampu menariknya keluar dari diriku dan ku henyak-henyakkannya agar tidak menguasaiku...hanya IMAN mampu menundukkan NAFSU...hanya ISLAM mampu menundukkan NAFSU......aku ingin tingkatkan IMANku dan ingin menjadi insan yang benar-benar seorang ISLAM dan MUSLIM.....agar NAFSUku ini akan tertunduk akur dengan KEESAAN Allah s.w.t.....semoga peluang untuk aku berubah masih terbentang luas..aku yakin,aku perlu sentisa berusaha untuk berubah dan jangan pernah putus asa....selagi dunia belum tiba ke penghujunya...selagi itu pintu TAUBAT masih terbuka untuk aku...insyaallah...aku PERLU lebih gigih dan sabar....kunci dalam segala usaha yang ku lakukan ini....aku yang terlalu banyak dosa dan noda...aku ingin mati dalam keadaan berIMAN dan berTAQWA padaNYA...aku ingin menangis untuk merasai nikmat IMAN dan ISLAM..aku ingin menitiskan air mata dalam khusyuk solahku...aku ingin berteleku berbicara dengan Allah dalam doaku...aku ingin merasai semua itu.......lembutkanlah hati ini ya ALLAH.....aku mohon padaMU...hanya Engkaulah tempat aku bermohon petunjuk dan hidayah.....



Tuesday, July 12, 2011

my WEDDING DAY....



BANNER KAMI

Pada tanggal 10 Disember 2011 @ 101210 detik jam 9.15 malam seusai jemaah menunaikan solah isyak berjemaah...suatu perkara telah terjadi pada diriku...Masjid Alwi yang berada bersebelahan dengan Sekolah Menengah Agama Perempuan Kangar, Perlis telah menjadi saksi detik penuh bersejarah dan bermakna buat diriku....aku telah ditukar status dari seorang lelaki bujang kepada seorang suami untuk seorang wanita...dengan sekali lafaz akad,statusku berubah dan tanggungjawab keatas wanita itu beralih tangan...dengan tenang walinya menyerahkan puterinya dalam lafaz akad yang ku sambut dengan penuh debaran...bagaikan suatu mimpi,aku telah bergelar seorang suami....wanita yang menjadi permaisuri hatiku di dunia dan di akhirat,insyaallah...akan cuba sedaya upaya untuk membahagiakannya dan bercinta dengannya hingga ke syurga...NUR'ATIYAH BT MANSOR.....merupakan nama yang cukup indah sepadan dengan tuan empunya tubuh...menjadi suri di hatiku...aku berasa cukup gembira...dia dilahirkan di Gombak dan dibesarkan di Perlis...merupan seorang rakan sekolahku yang tidak pernah aku kenali sebelum ini...takdir Allah telah menentukannya...kami telah bersatu...indahnya ketentuanNYA..aku sangat bersyukur padaMU ya Allah....

AKAD NIKAH

Keduri di rumah pengantin perempuan diadakan dengan meriah sekali...majlis berlangsung dari tengah hari hingglah lewat petang..ini memang telah menjadi tradisi orang-orang Perlis...ramai rakan taulan yang turut hadir memeriahkan suasana...pelbagai ucapan tahniah,barakallah dan sebagainya yang kami balas agar mereka mendoakan kami supaya rumahtangga yang kami bina ini dirahmati Allah dan berkekalan hingga ke akhirnya....walaupun penat melayan tetamu yang hadir seharian,namun kami berasa puas kerana dapat melayan mereka dengan sebaiknya...maaflah jika masih ada kekurangan dari pihak kami yang tidak dapat kami elakkan...jazakallah kepada semua tetamu yang hadir dan tidak lupa jua kepada sahabat-sahabat,saudara mara yang hadir untuk membantu melancarkan perjalanan majlis walimatul urus kami ini.....



DI GOMBAK

pada tarikh 25 Disember 2011, kenduri di rumah aku pula tiba...diadakan di dewan kecil daerah Gombak dengan anggaran jemputan 1200 orang tetamu yang dijemput hadir dan akan hadir...dalam suasana penuh barakah,dimulai bacaan doa dan perarakan pengatin masuk ke dewan menceriakan suasana...selepas menjamah sedikit makanan,kami bangun untuk melayan tetamu...tetamu yang hadir tidak kurang hebatnya berbanding di Perlis...tidak sempat untuk kami duduk buat seketika...sesi bergambar,berbual,bertegur sapa dan sebagainya mengisi perjalanan majlis ini....ramai juga rakan taulan yang hadir pada hari ini....sejuta penghargaan kepada antum kerana sudi untuk hadir...kawan-kawan dari UiTM, MATRI dan juga sekolah rendah....semoga Allah merahmati antum semua....

selepas ini,perjalanan hidup kami akan berbeza kerana dunia kami sekarang telah berubah...kami mempunyai tanggungjawab masing-masing yang perlu dilaksanakan dan perlu untuk saling lengkap melengkapi...apa yang paling penting..kami perlu sentiasa bersama...dalam susah dan senang...doa antum semua amat-amat kami hargai kerana doa-doa itulah yang akan mengiringi usaha kami dalam menggapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat....dan dalam rangka untuk kami membina BAITUL MUSLIM dan BAITUL DAKWAH yang kami impikan...



TOLONG MENOLONG


"barakallah hulakumma wa baraka alaikumma wa jama'a bainakumma bil khair"

Ma'had Attarbiyyah Al- Islamiyyah (MATRI)...

TUGU
Ini adalah sekolah aku yang sangat-sangat aku rindui..selama 5 tahun aku menumpang di sini untuk menimba ilmu dan pengalaman…beberapa ketika dulu, aku telah berpeluang untuk kembali ke sekolah ini untuk berziarah..sekolah yang terletak jauh di utara semenanjung Malaysia,Perlis Indera Kayangan, sebuah negeri kecil yang indah dan permai…ketika aku melewati jalan-jalan di Bandar Kangar, satu persatu kenangan bersama teman-teman sewaktu aku baru mengenal dunia…Bandar Kangar yang kecil namun mempunyai kelengkapan yang secukupnya untuk keperluan penduduk  Perlis….ketika kakiku menjejaki tanah wakafan MATRI iaitu Ma’had Attarbiyyah Al-Islamiyyah, Beseri, Tunjung, Perlis, rinduku terasa terubat, rindu pada teman-teman sepermainan, rindu pada suasana ceria menghibur hati,rindu pada perkongsian pengalaman hidup teman-teman...sekolah yang bukan sahaja memberi penekanan terhadap akademik semata-mata malah ilmu agama yang menjadi ilmu fardu ‘ain, ilmu kemanusiaan dan juga ilmu kehidupan…sekolah yang berusaha untuk mendidik dan membentuk pelajar yang berkualiti dari pelbagai aspekdan menjadikan pelajarnya seorang pemimpin dengan motonya ‘ ULAMA’ PEWARIS NABI’…kenangan lalu satu persatu menerpa benak fikiranku..teringat sewaktu ditinggalkan untuk masuk ke tingkatan satu, sesiapa pun tidak aku kenal, terasa ingin pulang ke rumah…disamping tragedi kehilangan duit poket,membuatkan aku sangat sedih dan lebih kuat untuk balik ke rumah..tiap-tiap hari pasti telefon awam menjadi tempat tujuan untuk menghubungi umi…namun, pada bulan 2, umi dan abah telah mendapat jemputan untuk menunaikan haji di mekah…terputuslah hubungan ku dengan mereka buat sementara waktu…bermulalah hari-hariku bersama teman-teman…hari-hari yang dilalui penuh keseronokan dan kegembiraan..mengenali teman-teman baru yang datang dari hampir seluruh semenanjung Malaysia dan juga sabah, Sarawak telah membuatkan aku terlupa pada rumah sehingga aku hampir terlupa untuk menghubungi umi seperti awal-awalnya…
Antara kenangan yang masih terpahat di hati ini
  • Cerita yang selalu diulang-ulang sahabatku, peristiwa aku menumbuk telefon awam.
  • Bergaduh dengan sahabatku muttaqee misran ketika di tingkatan satu sewaktu kelas mengaji Al-Quran.
  • Bersama-sama umair, arwah munaim dan yang lain untuk tidur di musolla pada setiap malam hujung minggu.
  • Dikenakan denda oleh ustazah secara beramai-ramai di tengah padang sewaktu mengikuti kelas intensif bahasa arab.
  • Selalu melakukan aktiviti jungle tracking, panjat bukit tunjung, memancing di kolam dekat kebun MATRI bersama suhaib,ahmad, arwah munaim dan yang lain.
  • Meneman uluwan ke musolla pada tengah-tengah malam.
  • Ziarah ke rumah sahabatku nazwandy di kuala perlis.
  • Mewakili MATRI dalam perbahasan dan pidato.
  • BANDAR KANGAR
  • Mewakili MATRI dalam pasukan bola tampar.
MUSOLLA
hari ke hari,minggu ke mingu, bulan ke bulan, tahun ke tahun, pelbagai kenangan pahit dan manis yang telah aku lalui terpahat di hati dan akan terus tersimpan rapi..sedar tak sedar, 5 tahun telah berlalu sehinggalah kami masing-masing membawa haluan masing-masing dengan peluang, minat dan sebagainya untuk meneruskan perjuangan hidup….namun, kami tetap mencari masa untuk berjumpa kembali dan bercerita tentang cerita-cerita lama yang tidak akan pernah jemu untuk dibualkan dan dikenang…semoga ukhuwah fillah ini akan terus utuh,insyaallah….


SAHABAT-SAHABATKU

Sunday, May 8, 2011

selamat hari ibu....


sempena hari ibu ini....hayatilah lagu ini...ibu adalah insan yang sangat istimewa...tanpanya,kita tidak akan lahir di dunia ini...segala penat lelah,perit jerihnya ditempuhi...semuanya demi anak-anaknya yang disayangi dan dicintai...pengorbanan ibu itu tidak akan mampu untuk kita balas buat selamanya...terima kasih ibu.....saya sayang ibu saya.....terima kasih atas segalanya...maafkan segala kesilapan saya selama mana saya menjadi anak ibu...halalkan makan minum dan air susumu ibu....andai ada airmatamu menitis kerana diri ini...ampunkanlah saya,maafkan lah saya ibu...saya benar-benar sayangkan ibu...
berbaktilah pada mereka selagi mereka masih ada....doakanlah mereka jika mereka telah tiada...kasihnya ibu dan ayah hingga ke akhirat....


Tuesday, March 15, 2011

Puitis biologi…(suatu ketika)

Suatu petang yang hening, terasa damai di hati ini bagi seorang graduan UiTM Shah Alam dalam jurusan kejuruteraan awam yang masih lagi menunggu tawaran kerja dari mana-mana syarikat yang sudi mengambil aku berkhidmat. Mencari sesuatu yang berfaedah untuk mengisi masa luangku yang sememangnya sangat terluang. Buku-buku yang tersusun bertingkat-tingkat di atas lantai bilik tidur kami adalah kenangan sewaktu aku masih menuntut di universiti. Pelbagai judul buku yang terdapat di situ. Satu persatu aku belek dengan niat untuk mengemas sebenarnya, disamping mencari bahan-bahan yang masih boleh digunakan. Tiba- tiba, tangan aku mencapai satu fail merah yang sangat usang, di dalamnya terdapat pelbagai barangan dan kertas –kertas yang begitu memberi makna kepada aku sejak dari sekolah menengah lagi. Setiap kali menatap fail ini, pasti pelbagai peristiwa lalu bagaikan sengaja diputarkan di dalam minda imaginasi aku, seolah-olah aku sedang menonton televisyen. Dalam berpuluh-puluh helaian kertas itu, terdapat sehelai kertas A4 yang aku lihat sudah agak kekuningan, mungkin disebabkan dimamah usianya. Di  atas kertas itu tercatit suatu yang istimewa sebenarnya, ada cerita disebaliknya. Suatu puisi semasa aku di tingkatan 4, sekadar suka-suka untuk mengisi ruang buku amal kelas bagi mengumpulkan sedikit dana untuk kelas kami. Inilah puisi yang terlukir di situ

Tajuk : Ameba

Ameba,
Kau hidup di air tawar,
Walaupun kau unisel,
Kau senantiasa bersyukur,
Ke hadrat  Illahi yang Maha Pencipta.

Ameba,
Walaupun kau sangat kecil,
Tidak dapat dilihat dek mata,
Tetapi siapa sangka,
Kau dapat hidup dan mencari makanan.

Ameba,
Kau juga seperti hidupan lain,
Iaitu perlu kepada keturunan,
Agar tidak lenyap spesismu,
Belahan dedua dan spora itulah caranya.

Ameba,
walaupun saizmu kecil,
Siapa sangka kau sentiasa berdoa,
Agar manusia diberi kebaikan oleh Allah s.w.t,
Walaupun manusia tidak menghargainya.

Ameba,
 Walau aku adalah hamba Allah yang multisel,
 Tapi kurasakan kau jauh lebih baik dariku,
Kerana kau sentiasa patuh arahan Allah dan sentiasa berzikir,
Berbanding diriku yang kadangkala melanggar perintah Allah,
Dan kadangkala melupai Allah s.w.t.

Ameba adalah makhluk Allah yang unisel, itulah yang masih tersisa di dalam ingatanku. Ia menjadi inspirasi kepada aku untuk sentiasa merendah diri pada Allah s.w.t. Bertahun telah berlalu, semoga semua ini diberi ganjaran Allah dan di beri keredhaanNYA. Sekadar perkongsian rasa semasa aku masih seorang pelajar sekolah menengah suatu ketika dahulu.

Wednesday, February 2, 2011

cinta....


Cinta…satu kosa kata yang sangat indah dan menarik, disebut-sebut serta menjadi buaian mimpi buat manusia tidak kira usia, bangsa, agama dan sebagainya terutama dikalangan anak-anak remaja hari ini. Menurut kamus dewan, cinta bolehlah ditafsirkan sebagai suatu perasaan sayang dan kasih kepada sesuatu yang lain. Cinta merupakan suatu perasaan yang lahir jauh di lubuk hati dan bak kata remaja hari ini kadang-kadang sangat untuk ditafsirkan. Di manakah lahirnya rasa cinta itu???sememangnya rasa cinta itu pasti wujud dalam setiap diri insan. Tiada insan yang mampu menidakkan dan menafikan kehadiran perasaan ini. Inilah yang dikatakan fitrah manusia. Pelbagai simptom yang mengzahirkan wujudnya rasa cinta itu. Bak kata orang dulu-dulu “mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena”
Fenomena cinta yang sentiasa menjadi gambaran

  •  Selalu ingin bersama dengan si dia
  •  Selalui merindui si dia
  • Selalu menyebut nama si dia
  • Selalu ingin dekat dengan si dia
  • Selalu ingin lakukan yang terbaik untuk si dia
Cinta membuatkan manusia angau, sawan dan kadang-kadang hilang akal. Begitulah cinta, sepertimana gambaran anak muda kini umpama mabuk cinta. Terdapat pelbagai aplikasi cinta yang wujud di bumi Allah ini yang boleh dibahagikan kepada
  1.        Cinta sesama manusia
  2.        Cinta kepada makhluk
  3.        Cinta kepada bukan hidup
  4.        Cinta kepada Allah
  5.        Cinta kepada Rasulullah
Cinta sesama manusia
Cinta yang paling popular untuk diaplikasikan. Cinta berlainan jantina tanpa ada ikatan yang sah menjadi igauan kebanyakan pemuda dan pemudi masa kini hingga membawa mereka hanyut dalam angan-angan yang dianggap sentiasa indah dan bahagia. Namun, ramai diantara mereka yang lupa cinta kepada manusia yang perlu lebih diutamakan iaitu cinta kepada diri sendiri, cinta kepada ibu dan ayah, cinta kepada ahli keluarga yang lebih memberi makna dan turut menjadi tuntutan dalam islam.

Cinta kepada makhluk
Cinta terhadap haiwan, alam dan sebagainya yang mungkin juga dizahirkan oleh sesetengah manusia di bumi ini. Terbukti dengan ungkapan dan slogan yang semakin kerap dipromosikan seperti pencinta alam, pencinta haiwan dan sebagainya yang menuntut manusia untuk menghargai makhluk-makhluk Allah ini.

Cinta kepada bukan hidup
Cinta dunia, cinta harta, cinta wang, cinta rumah besar, cinta kereta mewah dan sebagainya yang begitu sinonim pada hari ini. Cinta yang membuatkan manusia menjadi hamba kepada sesuatu yang tidak hidup ini. Masing-masing berusaha keras untuk mendapatkannya yang kadang-kadang menyebabkan ada yang terabai, ada yang ditinggalkan dan ada yang terkorban.

Cinta kepada Rasulullah
Cinta yang sering dilupakan dan diketepikan. Rasulullah yang menjadi qudwah hasanah kepada umat islam dan pembawa rahmat pada sekelian alam sejak dari 1500 tahun dahulu hinggalah ke hari ini. Cinta yang lebih patut diutamakan kerana usaha baginda dan para sahabat, kita dapat merasai nikmat iman dan islam. Baginda seorang yang sangat pengasih dan penyayang (pencinta) sepertimana sirah yang selalu diulang-ulang cerita ketika Rasulullah hendak wafat, perkataan yang meniti bibir baginda adalah “ ummati, ummati, ummati” yang bermaksud umatku tetapi kita sebagai umatnya begitu mudah melupakan cinta baginda.

Cinta kepada Allah
Cinta agung yang membawa segala erti kehidupan. Rasa cinta yang membuat manusia menjadi insan rabbani. Cinta yang mebuatkan manusia mampu melaksanakan segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA. Cinta yang membawa manusia menuju syurga abadi yang menjadi impian hampir seluruh umat manusia. Manusia sering lupa padaNYA namun Allah itu tidak pernah lupa pada kita. Jika kita hilang segalanya di dunia ini, kita bertuah kerana masih ada Allah, masih boleh mencariNYA dalam ibadah dan sebagainya.
Begitulah beberapa huraian cinta menurut aku. Fenomena hari ini, lebih ramai manusia mengagungkan cinta manusia umpama cinta laila dan majnun, cinta shah jehan dan mumtaz yang sering menjadi monumen cinta. Begitu juga cinta pada yang lain selain Allah dan rasulNYA. Ucapan syahadah yang menjadi rukun islam bukan semata meniti dibibir namun perlu dizahirkan dengan amalan barulah benar ucapan syahadah itu dalam rangka untuk membina iman yang teguh. Carilah cinta Allah dan rasulNYA, nescaya cinta-cinta lain akan mencari cinta kita kerana cinta Allah dan rasulNYA mampu melahirkan insan yang sangat pengasih, penyayang, pencinta dan sebagainya yang akan membuatkan cinta lain menuruti dan hadir dalam hidup kita. Percayalah, cinta Allah dan rasulNYA adalah segalanya.

Alangkah indahnya jika kita
  • Selalu ingin bersama dengan Allah dan Rasulullah
  • Selalui merindui Allah dan Rasulullah
  • Selalu menyebut nama Allah dan Rasulullah
  • Selalu ingin dekat dengan Allah dan Rasulullah 
  • Selalu ingin lakukan yang terbaik untuk Allah dan Rasulullah

Ya Allah, KAu limpahkan rasa cinta yang wujud dalam lubuk hati ini untuk mengagungkan cinta kepadaMU dan rasulMU, aku percaya cinta-cinta lain akan turut hadir dalam hidupku. Kepercayaanku dengan rasa cinta ini akan lebih memberi ketenangan dan kebahagian di dunia dan akhirat, semoga aku terus beriman dan sentiasa berada di atas landasan syarak dan redhaMU ya Rahman….



Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (surah at-taubah:24)