Showing posts with label HIDUPKU. Show all posts
Showing posts with label HIDUPKU. Show all posts

Friday, February 15, 2013

langkawi.Aku.datang

Allah s.w.t yang memberi kita nikmat kelapangan masa dan sepatutnya kita gunakan peluang itu sebaik yang mungkin. Subhanallah,alhamdulillah.tiada kata yang terbaik melainkan dengan menyebut nama Allah s.w.t, sebagai tanda syukur kita sebagai hamba kepada sang TUAN.


Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu brsyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Ibrahim 14 : 7)



Sungguh kasih Allah s.w.t terhadap hambaNYA sangat luas seluas lautan yang tak bertepi. Tidak sekadar itu,lihatlah sekeliling kita.tadabbur alam bakal buat kita dekat dengan alam. Mampu membuat hati kita dengan denganNYA. Tiada yang mampu mencipta alam ini dengan sebaiknya melainkan Dia yang Maha Hebat. di tengah alam kelihatan kerdil manusia. dengan sekelip mata alam mampu menghapuskan kita. Semuanya didalam genggamanNYA. Semuanya adalah bala tentera Allah s.w.t.

cuti sekolah yang lalu, Allah s.w.t beri ruang dan peluang pada diri untuk mengambil cuti dan berjaulah bersama ahli keluarga mertua ke langkawi. Sambil menyelam minum air, kerana pada perancangan asalnya hanyalah untuk bertandang ke kenduri sahabat kami di MATRI iaitu Dr Hudzaifah Nordin dan Dr Sumayyah Adzhar. sungguh manusia merancang dan Allah juga merancang, dan nyata perancangan Allah adalah yang terbaik dan sempurna. 

seusai masing berkemas-kemas. sekitar jam 2 petang kami mula bertolak ke jeti Kuala Perlis. sebelum sampai ke sana, sempat lagi kami singgah ke sebuah kenduri. memenuhi jemputan. Jua suatu tanggungjawab yang perlu kami lunaskan,insyAllah semoga kedua mempelai dilimpahkan rahmat dan kasih sayangNYA. Selepas kenyang mengisi perut di kenuri, kami menyambung perjalanan ke jeti.

ini adalah kali kedua aku menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi. Pertama kali adalah sewaktu di tingkatan satu, program minggu suaikenal yang diadakan disana. Alhamdulillah, Allah s.w.t berikan kesempatan itu kerna dengar cerita batch selepasnya sudah tidak kesana lagi atas kesulitan dari segi kos dan sebagainya. dalam memori aku hanyalah sedikit tentang Pulau Langkawi dan mungkin dianggap tiada kerna waktu itu lebih kepada aktiviti 'camping'. tiada tempat lain kami pergi melainkan Pantai Pasir Tengkorak dan juga Pekan Kuah. Kali ini pasti membawa kepada sesuatu kenangan yang berbeza. sudah hampir 12 tahun lalu aku pernah jejakkan kaki di sini dan hari ini aku kembali. 


setibanya kami di jeti Pekan Kuah, kami pun cepat-cepat mendapatkan kereta sewa yang muat lebih kurang 9 orang. avanza menjadi pilihan kami dan walaupun macam tak muat tapi dengan teknik "kita buat dia" semuanya muat memenuhi ruang yang ada. tempat pertama kami tujui adalah kenduri sahabat kami. kali kedua mengisi perut buat tengah hari ini. Alhamdulillah, rezeki jangan tolak. Selepas itu, kami bersiap-siap untuk menikmati air laut Pulau Langkawi. pantai yang agak terkenal di sini iaitu Pantai Chenang. Amani sangat gembira dapat mandi air laut. ini adalah kali pertama dia mandi laut. malam itu kami menginap di sebuah rumah tumpangan di Pekan Kuah.


malam itu, pelbagai perancangan dicadangkan untuk keesokannya, namun memandangkan bajet yang agak terhad, kami memilih untuk sambung mandi laut lagi esok. maklumlah bukan selalu dapat mandi laut macam ni.air yang jernih dan pasir yang halus serta putih, subhanallah sangat cantik. berkemungkinan setahun sekali pun susah untuk dapat mandi laut.

seawal jam 8 pagi kami telah pun bersiap untuk ke pantai. dalam perjalanan, singgah untuk membungkus sarapan. nasi lemak menjadi pilihan. sesampainya di sana, kami pun terus ke
air dan berendam. pantai masih agak sunyi, cuma kelihatan beberapa orang mat salleh sedang berjogging. kami mandi sehinga puas sepuasnya. 


lebih kurang jam 11 pagi kami telah pun bersiap untuk pulang ke Perlis. sebelum membeli tiket feri, kami berjalan-jalan di Pekan Kuah dan membeli buah tangan, buah kaki dan seangkatan dengannya. paling terkenal sekali adalah tempat membeli belah kerana langkawi menjanjikan barangan yang tiada dikenakan sebarang cukai. Coklat dan minyak wangi adalah barangan biasa yang menjadi perhatian. selepas memborong sedikit sebanyak untuk di bawa pulang, kami pun makan tengah hari disebuah kedai. kerna terlalu lapar, kerabu sayur telah kusangka kerabu kerang. namun ku gagahi juga menelan walau sebenarnya terasa tekak ini tidak boleh terima. lebih kurang jam 3.30 petang kami telah pun berada diatas feri untuk ke jeti Kuala Perlis. selamat tinggal kenangan dan selamat tinggal langkawi.










sedikit gambar-gambar kenangan disini. Semoga jaulah ini dapat memberi impak kepada proses hati dan tarbiyyah dzatiyah dalam rangka mentarbawikan segalanya yang ada disekeliling kita. mengambil ibrah disetiapnya dan sentiasa mendekat diri kita dengan Allah s.w.t,insyaallah.


Tuesday, January 8, 2013

Amani Sudah Setahun

"Anak-anak itu ibarat kain putih,dan sesungguhnya ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorak mereka."

kata-kata yang membuatkan aku termenung suatu ketika dahulu. Tanggungjawab yang sangat besar buat insan yang bergelar ibu dan bapa. Sungguh aku jua bimbang akan perlaksanaan tanggungjawab ini. Mampukah aku melangsaikan amanah Allah s.w.t ini dengan sebaiknya. Namun aku percaya tiada yang mustahil dalam kehidupan ini jika kita sentiasa berhubung dan bergantung hanya pada yang Maha Berkuasa dan Maha Hebat, Allah s.w.t. Lalu aku tanamkan azam untuk berusaha sebaik yang aku mampu dalam mendidik anak-anakku. Mungkin tidaklah sebaik Imam Hassan Al-Banna dan apatah lagi Nabi Muhammad s.a.w. Aku cuba perbaiki kelemahan yang ada pada diriku untuk dapat dijadikan contoh buat anak-anakku. Aku berharap agar mereka tidak mengambil kelemahan aku sebagai pegangan.

anak sulungku kini sudah genap berumur setahun. Sekejap rasanya masa berlalu, sudah setahun kami menjaga dan mendidiknya. Aku rasakan baru semalam isteriku melahirkannya. Wan Nur Amani, sungguh telatahnya membuatkan aku rasa hilang penat. senyumannya, gelak tawanya, rengekannya, tangisannya. Semuanya membuatkan aku rasa terhibur. Masih terbayang di mataku ketika dia mula merangkak dan juga memulakan langkah pertamanya. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata semua kenangan itu. Benarlah kata orang hanya insan yang melaluinya sahaja mampu merasainya. Kaum ibulah yang paling gembira termasuklah jugak tok umi dan nanny amani yang asyik membicarakan mengenainya. Sudah besar anak baba. Baba doakan amani akan jadi anak,wanita, dan hamba Allah yang solehah. Aku tahu anak-anaklah sebenarnya harta yang terbaik untuk aku tinggalkan setelah kembali kepadaNYA. Doa anak yang soleh dan solehah akan menyuburkan alam kuburku sebelum kita semua dibangkitkan di padang mahsyar kelak. Semoga aku benar-benar mendidik dirimu dan tidak hanya menjagamu untuk memastikan corak yang terlukis adalah yang tercantik dan terindah buatmu.

Dari Abu Hurairah Radiallahu 'Anhu katanya, rasulullah SAW telah bersabda : " Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya." (HR Muslim)


Selamat Hari Lahir Amani!



Kek Amani,Iqah,Syafiq



Amani & baba


Amani dan Teddy bear


Amani solehah :)

Friday, December 14, 2012

~10.12.10 - 10.12.12~

sungguh indah kata cinta.
mengusik hati sang teruna & dara.
tidak ada cinta tanpa kasih sayang.
tiadalah manusia tanpa rasa cinta.

namun ia tetap tiada ertinya.
jika tanpa limpahan kasih dan cintaNYA.



-------------------------------------------------------------------------------
mainkan lagu dibawah sambil baca ye..:)


buat isteriku yang amat aku cintai Nur 'atiyah...semoga kita dapat terus hidup bersama hingga ke syurga...berusaha bersama-sama perbaiki kelemahan dan perbetulkan kesilapan...semoga cinta kita diredhaiNYA..

suatu ketika yang aku masih ingat

aku masih ingat suatu ketika dahulu..aku selalu membayangkan untuk menyunting bunga di taman yang cukup indah...kerna aku pasti disana terdapat pelbagai jenis bunga yang cantik dan harum..bagiku sahibah MATRI adalah yang terbaik..
sehingga kini aku masih beranggapan begitu..kerna mereka wujud di taman seindah itu(MATRI)..sering dijaga rapi dengan tarbiyyah,sering dibajai dengan iman dan taqwa, sering disirami peringatan jua teguran..semuanya cukup sempurna untuk menjadikan mereka sekuntum bunga yang mekar cantik dan indah.

dan aku juga selalu membayangkan diriku ini yang tidak layak menyunting sebarang bunga ditaman itu kerna aku hanya sang pekebun yang senantiasa dipaliti lumpur dan kotornya jahiliyyah..aku hanya mampu melihat dikejauhan dan mendoakan agar mereka dipetik insan selayaknya.

Itu hanyalah pandangan aku sewaktu aku masih bersekolah dulu kerna ruang lingkup aku hanyalah MATRI selama 5 tahun itu. Hakikatnya bunga yang cantik memang ada di taman yang indah namun tetap ada dikalangan lalang. Semuanya cantik ciptaan Allah s.w.t dan manusia itu cantik kerna akhlak dan taqwanya. 

Alhamdulillah kerna Allah telah beri yang terbaik buat diriku. Takdir Allah membatasi segalanya..andaian dan bayangan tiada yang jadi mustahil dengan izinNYA..sekuntum bunga yang cantik dipandangan mataku..aku gagahi untuk menyuntingnya menjadi peneman hidupku..menemani perjalanan hidupku mencari cinta sejati,cinta Illahi..dia adalah pelengkap hidupku..dan aku berharap ia tetap setia disisiku hingga aku bertemu tuhanku...

kini 2 tahun telah berlalu..aku sangat bahagia hidup bersamanya..susah dan senang dihadapi bersama..ramai juga teman yang bertanya kepayahan dan jerihnya rumahtangga..aku katakan pada mereka yang pahit itu kadang beri bahagia..tanpa pahit kita mungkin tidak akan kenal erti manis..terima kasih buat kaum keluarga,teman-teman yang senantiasa mendoakan kami..sungguh kami amat menghargainya..hanya Allah sahaja yang tahu betapa rasa beruntungnya kami punya kenalan seperti kamu semua...semoga Allah redha dengan kita dunia dan akhirat..

sayang awk sangat kerana Allah..:)


lagu buat Nur'atiyah




-2010-


-2011-


-2012-


Saturday, February 11, 2012

era baru : wan nur amani

Alhamdulillah...perkataan pertama yang terpacul dari bibirku pada suatu petang yang hening tanggal 8 januari 2011....tanpa ku sangka,air jernih mengalir dikelopak mata dan membasahi pipi....tidak dapat digambarkan perasaan ketika itu...hanya kepadaNYA aku kembali meluahkan perasaanku....setelah hampir 12 jam isteriku bertarung sakit....akhirnya,segala kesakitan ditanggungnya selama ini terurai dengan tangisan anak kecil itu....aku lihat isteriku tersenyum lemah dan payah namun tersirna kegembiraan menjadi seorang ibu...mungkin pada saat itu,dia telah dapat merasai bagaimana perasaan ibunya suatu ketika dahulu melahirkan dirinya....

tanpa berlengah,aku terus melaksanakan sujud syukur dengan linangan air mata gembira...sungguh,tidak dapat digambarkan perasaanku saat itu...terasa bagaikan mimpi dan sedang terawang-awang di bumi nyata ini..hanya padaNYA selayaknya aku sujud tanda kehambaanku dan tanda syukurku kepadaNYA...selang beberapa minit,sedang aku menunggu di ruang menunggu,jururawat telah memanggilku untuk mengazan dan megiqamatkan ankanda kami yang tercinta...telah hampir 9 bulan kami menanti dan berbualnya dari luar dan hari ini kami telah dapat mendengar teriak tangis anak comel ini...doa kami hanyalah semoga anak ini akan menjadi mujahidah solehah yang akan menjadi saham kami di akhirat kelak...baru hari ini,aku telah merasai nikmat menjadi seorang ayah...namun aku tahu,saat ini juga tanggungjawabku telah bertambah...jawabnya,aku perlu lebih matang dalam menghadapi kehidupan mendatang...

kami dah berbincang untuk meletak anak kecil kami ini dengan pelbagai nama namun akhirnya kami telah memilih nama wan nur amani bt wan mohd basyir.....nur yang membawa maksud cahaya dan amani pula bermakna ketenanganku@cita-citaku....semoga anak kecil ini akan menjadi cahaya ketenangan buat kami dunia dan akhirat,insyaallah....kini bermulalah era baru dalam kehidupan keluarga kami...



seusai dilahirkan

nk cakap apa tu??

sama ok!!!

sayang amani...

rileks je....

senyum pulak ye...

trademark tangan keluar....

Thursday, December 8, 2011

setahun sudah berlalu....



"aku terima nikahnya Nur'atiyah binti Mansor dengan mas kawin RM3000 tunai", lafaz yang aku masih ingat dalam dengar tak dengar dek ditelan kegugupan jantung dan debar hati....nasib baik saksi dengar!!!kira sah la...alhamdulillah,kalau tak jenuh pulak nak sebut sekali lagi....10/12/10 tarikh yang dipilih menjadi saksi kami bersatu untuk mengharap redhaNYA....kini,dalam tak sedar, dah hampir setahun kami hidup bersama....sekejap terasa masa berlalu....tak lama lagi kami pun akan menimang cahaya mata sulung...alhamdulillah,syukur padaNYA..telah begitu banyak pengalaman baru yang kami lalui...ada yang gembira,ada yang sedih,ada yang kecewa,ada yang bangga dan bermacam-macam lagi..bak kata orang masam manis dan asam garam rumahtangga la katakan....dulu selalu fikir,macam mana la nak kahwin kalau kerja pun tak ada lagi..rungsing dibuatnya...(nasib baik kahwin dapat sponsor FAMA)...kene ganti balik duit sponsor tu,mungkin dengan cara yang lain,insyaallah....besar sungguh pengorbanan kedua ibu bapa kami..terima kasih umi&abah serta mama&abah...jasamu tetap akan kami kenang sampai bila-bila(ikhlas)....fikir punya fikir,dah kahwin dah...sekarang bermulalah alam realiti rumahtangga kami...aku masih lagi digelar penganggur berjaya...serik rasanya nak dapatkan kerja..macam-macam terpikir nak buat...sehinggalah suatu hari,setelah berbincang sedikit sebanyak dengan seorang sahabat UiTM
@batu feringhi
 ( Daud Mili), kami merancang untuk membuka satu perniagaan kecil-kecilan sementara tunggu dapat kerja tetap..usaha punya usaha,sembang punya sembang,akhirnya terbuka la gerai kami,gerai goreng pisang yang terletak di tapak pasar malam sek 7,shah alam...(penat jugak la nak buka dan tutup gerai kecil ni)...takdir Allah telah menentukan gerai kami hanya bertahan lebih kurang seminggu sahaja..kerana selepas itu,kami masing-masing mendapat pekerjaan yang lebih baik..alhamdulillah.....selesai satu hal dalam hidup rumahtangga kami( isteriku masih lagi kerja sambil belajar ),ada la juga back-up perbelanjaan kami sementara aku belum dapat kerja..(terima kasih ye awak)....

aku telah diterima bekerja sebagai jurutera muda di sebuah syarikat swasta di selayang...jauh juga dari shah alam untuk aku ulang alik.tapi disebabkan susah nak dapat kerja buat masa ini,aku terima jelah..(syukur Allah bagi peluang ni)..jadi bermulalah hariku sebagai jurutera...tempoh perjalanku dari shah alam ke pejabat lebih kurang 45 minit kalu tidak sesak...jadi,pagi-pagi lagi jam 6.30 pagi aku dah kene keluar dari rumah,kalau tidak memang lewat la sampai pejabat...awal-awal kerja tu,agak lengang masaku dipejabat..(tidak banyak kerja sangat,maklumlah orang baru)..jadi tepat jam 5.30 petang aku dah balik dan maghrib baru aku sampai rumah..begitulah seharianku hinggalah kerja semakin banyak,balik pun semakin lewat..


@bukit tinggi
pada awal bulan 4,kami menerima berita gembira, isteriku disahkan mengandung...kami bersyukur sangat kepadaNYA kerana menganugerahkan amanah ini yang bakal menguatkan ikatan kasih sayang antara kami,insyaallah...bermula dari hari itu,aku perlu lebih berjimat supaya dapat bersedia untuk isteriku bersalin dan segala keperluan baby kami kelak....awal-awal mengandung, alahnya agak teruk juga...nak makan tak berselera....kalau berselera pun,hanya sedikit sahaja yang mampu ditelan...aku usaha untuk penuhi permintaan isteriku walaupun akhirnya aku juga yang habiskan semua...loya yang selalu dikaitkan dengan perempuan mengandung pun turut dirasai isteriku...asyik rasa nak muntah je..makan sikit,muntah...selalu nasihatkannya, orang perempuan untung sebab dapat rasa sakit mengandung dan bersalin sebab Allah nak kafarahkan dosa-dosa mereka yang lalu...sebelum tiba bulan ramadhan,kami telah mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah umi&abahku dek kerana isteriku tidak tahan untuk menahan bau dari kawasan rumah flat yang kami diami...(mungkin untuk sementara waktu sehingga lah isteriku melahirkan baby kami)


@bukit ampang
setelah berpindah ke gombak,tempat kerja aku jadi lebih dekat dengan rumah...lebih memudahkan aku lah..alhamdulillah...tetapi isteriku pula perlu untuk berulang alik dari gombak ke shah alam untuk mengajar dan belajar di sana...kesian isteri aku...aku selalu bertanya,"boleh tak ni ulang alik jauh?"...dia selalu jawab ,"boleh" dengan menghadiahkan senyuman...(tabah dan cekal sungguh isteriku ini)..aku berasa sangat bertuah kerana dianugerahkan Allah isteri yang sebegini hebat..(syukur teramat sangat)...dalam pada masa yang sama ,isteriku tetap menjalankan tanggungjwabanya di rumah...aku sangat kagum dan simpati..(aku tolong lah buat apa-apa yang patut)...mungkin dia lebih sanggup ulang alik berbanding menahan bau busuk di kawasan rumah flat kami tu..


tidak lama lagi kami akan menimang cahaya mata....kami berasa sangat teruja dan tidak sabar untuk menatap anak kami nanti...."semoga dia menjadi anak yang soleh dan solehah yang mampu menjadi pejuang agamaMU ya Allah serta akan mendoakan kami setelah kami pergi menghadapMU ya Allah",doa yang sering kami titipkan disetiap kali usai solah berjemaah...semoga rumahtangga kami akan kekal bahagia dunia dan akhirat serta diredhaiNYA...kami ingin BERCINTA HINGGA KE SYURGA,insyaallah...:)

kenangan kami...:)

@wedding sebelah pengantin lelaki

@metropolitan kepong

@kota bharu

@segamat

@perlis
@konvo uitm

@kampar,perak

Monday, October 31, 2011

subhanallah!!!!cantiknya.....

sedikit penulisan santai yang ingin ditarikan oleh jari jemariku di atas papan kunci ini...mungkin bercerita tentang kehidupan aku sendiri...lebih kepada diari mungkin....bulan madu adalah suatu yang sangat sinonim buat pengantin baru dan kadang-kadang,belum kahwin pun dah pikirkan pasal bulan madu....istimewa jugak ye bulan madu ini...bila sebut madu,pasti teringat manisnya...mungkin inilah yang menjadikannya istimewa...melakar dan merakam saat manis di awal usia sebuah perkahwinan...tapi lagi bagus kalau bulan madu tu dapat dilaksanakan sepanjang perkahwinan.....barulah sentiasa mersai saat kemanisan itu...kasih sayang yang bertaut hanya keranaNYA....lahir dari rasa cinta fitrah anugerah Illahi...

jadi aku juga turut termasuk dalam golongan berfikir tentang bulan madu....mana agaknya nak pergi bulan madu???orang kaya-raya mungkin boleh ke 'oversea'...kota london mungkin,australia mungkin dan berbagai lagi....dalam Malaysia pun tidak kurangnya,langkawi,pulau pangkor....aku baru dapat kerja waktu itu,jadinya sudah pasti bajet aku tidak lah semampu orang lain....fikir punya fikir..alhamdulillah,Allah bagi aku idea..pergi yang dekat-dekat sudahlah....tak la perlu ambil cuti pula untuk pergi bulan madu.....mana nak pergi???Bukit Tinggi.....dekat jek....tak perlu bermusafir pun....dengar dari cerita kawan-kawan,tempat tu agak menarik dan unik....sangat cantik....jadi..marilah kita menikmati kecantikan anugerah Allah...disamping itu,dapat juga kita tadabbur alam dan melihat kebesaranNYA,insyaallah...:)


alhamdulillah,dah sampai



bangunan pertama


hasil tangan kami

bersama badut belon

makan malam kami


suasana malam

atas menara tinjau

japanese garden

water pool
begitulah perjalanan kisah kami di sana buat 2 hari 1 malam....alhamdulillah,kerana diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk sampai jua di sini....semoga setiap apa jua yang kita lakukan diterima oleh Allah sebagai ibadah dan tanda ubudiyyah kita hanya kepadaNYA,tuhan yang MAHA PENCIPTA dan MAHA PENGASIH.....

Tuesday, July 12, 2011

my WEDDING DAY....



BANNER KAMI

Pada tanggal 10 Disember 2011 @ 101210 detik jam 9.15 malam seusai jemaah menunaikan solah isyak berjemaah...suatu perkara telah terjadi pada diriku...Masjid Alwi yang berada bersebelahan dengan Sekolah Menengah Agama Perempuan Kangar, Perlis telah menjadi saksi detik penuh bersejarah dan bermakna buat diriku....aku telah ditukar status dari seorang lelaki bujang kepada seorang suami untuk seorang wanita...dengan sekali lafaz akad,statusku berubah dan tanggungjawab keatas wanita itu beralih tangan...dengan tenang walinya menyerahkan puterinya dalam lafaz akad yang ku sambut dengan penuh debaran...bagaikan suatu mimpi,aku telah bergelar seorang suami....wanita yang menjadi permaisuri hatiku di dunia dan di akhirat,insyaallah...akan cuba sedaya upaya untuk membahagiakannya dan bercinta dengannya hingga ke syurga...NUR'ATIYAH BT MANSOR.....merupakan nama yang cukup indah sepadan dengan tuan empunya tubuh...menjadi suri di hatiku...aku berasa cukup gembira...dia dilahirkan di Gombak dan dibesarkan di Perlis...merupan seorang rakan sekolahku yang tidak pernah aku kenali sebelum ini...takdir Allah telah menentukannya...kami telah bersatu...indahnya ketentuanNYA..aku sangat bersyukur padaMU ya Allah....

AKAD NIKAH

Keduri di rumah pengantin perempuan diadakan dengan meriah sekali...majlis berlangsung dari tengah hari hingglah lewat petang..ini memang telah menjadi tradisi orang-orang Perlis...ramai rakan taulan yang turut hadir memeriahkan suasana...pelbagai ucapan tahniah,barakallah dan sebagainya yang kami balas agar mereka mendoakan kami supaya rumahtangga yang kami bina ini dirahmati Allah dan berkekalan hingga ke akhirnya....walaupun penat melayan tetamu yang hadir seharian,namun kami berasa puas kerana dapat melayan mereka dengan sebaiknya...maaflah jika masih ada kekurangan dari pihak kami yang tidak dapat kami elakkan...jazakallah kepada semua tetamu yang hadir dan tidak lupa jua kepada sahabat-sahabat,saudara mara yang hadir untuk membantu melancarkan perjalanan majlis walimatul urus kami ini.....



DI GOMBAK

pada tarikh 25 Disember 2011, kenduri di rumah aku pula tiba...diadakan di dewan kecil daerah Gombak dengan anggaran jemputan 1200 orang tetamu yang dijemput hadir dan akan hadir...dalam suasana penuh barakah,dimulai bacaan doa dan perarakan pengatin masuk ke dewan menceriakan suasana...selepas menjamah sedikit makanan,kami bangun untuk melayan tetamu...tetamu yang hadir tidak kurang hebatnya berbanding di Perlis...tidak sempat untuk kami duduk buat seketika...sesi bergambar,berbual,bertegur sapa dan sebagainya mengisi perjalanan majlis ini....ramai juga rakan taulan yang hadir pada hari ini....sejuta penghargaan kepada antum kerana sudi untuk hadir...kawan-kawan dari UiTM, MATRI dan juga sekolah rendah....semoga Allah merahmati antum semua....

selepas ini,perjalanan hidup kami akan berbeza kerana dunia kami sekarang telah berubah...kami mempunyai tanggungjawab masing-masing yang perlu dilaksanakan dan perlu untuk saling lengkap melengkapi...apa yang paling penting..kami perlu sentiasa bersama...dalam susah dan senang...doa antum semua amat-amat kami hargai kerana doa-doa itulah yang akan mengiringi usaha kami dalam menggapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat....dan dalam rangka untuk kami membina BAITUL MUSLIM dan BAITUL DAKWAH yang kami impikan...



TOLONG MENOLONG


"barakallah hulakumma wa baraka alaikumma wa jama'a bainakumma bil khair"

Wednesday, January 19, 2011

Rumahku syurgaku…

Semuanya bermula dari sebuah rumah kerana di dalamnya ada sebuah keluarga yang menjadi asas kepada sebuah masyarakat. Pembentukan jati diri insan juga bermula dengan didikan di rumah sehinggalah kita menjadi diri kita hari ini. Didikan yang baik di rumah, menghasilkan insan yang terbaik dalam masyarakat,insyaallah. Institusi yang sangat di titik beratkan terutama dalam islam sendiri. Bermulanya dengan dua pengantin yang berjanji untuk bersama dalam susah dan senang di samping memenuhi sunnah Rasulullah. Memegang konsep membina baitul muslim dan baitul dakwah dalam pernikahan penuh barakah serta mengimpikan anak-anak yang soleh dan solehah. Sekadar coretan rindu pada keluargaku yang tercinta…ini adalah keluargaku. Aku merupakan anak sulung daripada 8 orang adik beradik. Aku mempunyai ibu dan ayah yang aku panggil umi dan abah yang begitu amat pengasih dan mengambil berat tentang anak-anaknya. Abahku merupakan seorang ayah yang sangat prihatin terhadap anak-anaknya dalam diam.  Abah memang seorang yang agak pendiam di rumah. Aku dan adik-adik bahkan umi juga jarang dapat berbual dengannya ditambah lagi dengan urusan kerjanya yang begitu sibuk. Namun aku tahu, abah sangat menyayangi kami. Abah memang seorang ayah yang tegas dan mempunyai prinsip hidup yang teguh. Banyak perkara yang aku dapat pelajari dan fahami sebagai bekalan aku meneruskan kehidupan ini. Terima kasih abah.  Ibuku pula seorang guru di sebuah sekolah dan dia juga merupakan guru kepada kami adik beradik. Umi seorang yang sangat penyayang dan mudah bersimpati. Sifatnya telah menjadikannya sebagai ibu yang terbaik buat kami. Tidak pernah kenal penat lelah, susah payah, perit jerih menjaga, membesarkan dan mendidik kami agar menjadi insan, anak dan mukmin yang soleh dan solehah. Umi juga menjadi tempat kami mengadu kebanyakan hal dan umi tidak pernah jemu melayan kerenah kami dari kecil hinggalah kami besar. Terima kasih umi.  Adik yang paling hampir dengan aku adalah akmal yang kami panggil angah. Seorang yang amat focus dalam kerjanya dan bersungguh-sungguh dalam semua hal. Angah juga merupakan seorang yang bertanggungjawab sehingga di setiap sekolah yang dia pergi , akan dilantik menjadi pengawas. Namun begitu, angah seorang yang mudah untuk runsing apabila menghadapi masalah dan umi lah yamg menjadi tempat mengadu. Iqbal atau achik adalah seorang yang rendah diri tapi sangat tegas dan berterus terang. Seorang yang sangat menggemari bidang seni dan sangat tekun memperingkatkan skilnya. Kini meneruskan pelajarannya di UiTM Shah Alam dalm jurusan senibina dan dia juga telah menjadi graduan diploma perakaunan di KTD. Safwan pula merupakan adik yang mempunyai impian yang tinggi. Merupakan seorang yang peramah dan pandai mengambil hati terutama kanak-kanak. Amat berminat untuk menceburi bidang jurukur selepas menamatkan SPM dan kini nmeneruskan pelajarannya ke ipt.  Juga seorang yang suka berdebat dan tegas dengan pendapatnya.  Nadhirah atau nama panggilannya kak na merupkan adik perempuan sulung dalam keluarga kami. Seorang yang sangat ringan tulang membantu umi membuat kerja-kerja rumah. Kak na mempunyai banyak persamaan sifat dengan angah. Seorang yang rajin dan bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Syafiq pula seorang yang agak keras kepala dan suka membuat halnya sendiri. Namun, syafiq seorang yang sangat mudah untuk membantu orang lain. Sekarang syafiq telah banyak berubah sejak masuk ke MATRI dari segi fizikal,akhlak dan sebagainya. Dia semakin tinggi dan telah menceburi sukan bola tampar seperti along juga suatu masa dulu.Afiqah pula seorang yang sederhana dan agak pendiam. Seorang yang susah berkawan namun setia dalam persahabatan. Malah, iqah juga seorang yang sangat ringan tulang untuk membantu orang lain. Seorang yang sangat mudah untuk dibawa bergurau. Akhir sekali,adik bongsu kami iaitu wan hazmi. Sudah berumur 8 tahun tetapi sangat petah bercakap dan berkata-kata. Seorag yang sangat manja dengan umi. Selain itu, hazmi juga seorang yang cepat belajar dan umi berhajat untuk menjadikannya seorang hafiz.  Inilah ahli keluargaku yang sentiasa disisiku ketika susah dan senang. Along minta maaf kepada semua kerana along mungkin bukan anak, mahupun abang yang terbaik kerana banyak kekurangan namun along sangat menyayangi keluarga ini dan along akan cuba untuk beri yang terbaik, insyaallah..