Friday, August 28, 2009

bulan ramadhan al-mubarak...


Ramadhan telah dtg bertemu kita kembali…..terasa jauh di sudut hati kegembiraan dan ketenangan…peluang yg tidak selalunya dtg,hanya sebulan sekali sahaja….terimbau seketika kenangan dulu,di zaman kanak2…terlalu ceria merayakan kedatangan bulan ramadhan dengan keseronokan tika berbuka,ditambah pergi terawih bersama teman2 dan aktiviti paling menarik ialah bermain mercun dan bunga api…terasa indah di zaman itu,tidak banyak hal yang perlu difikirkan,hanya tahu berseronok semata2..namun semua itu sudah berlalu dan akan tersimpan kemas dalm lipatan memori..

Ramadhan mempunyai bnyak kelainan serta keistimewaan….para shbt2 rasulullah pada suatu masa dahulu amat merindui bulan ini dan mereka telah bersedia berbulan2 awl untuk bertemu dengannya…terasa begitu istimewanya bulan ini…bulan mendidik,bulan muhasabah.bulan hijrah dan pelbagai nama lgi yg boleh disesuaikan dengan sifat bulan ramadhan ini….terasa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berada di dalamnya….tika diri ini masih bernafas menyedut udara,ada diantara shbt2 yg telah pergi bertemu DIA,sebelum sempat mereka bertemu bulan yg mulia ini…terasa beruntung walaupun sedih dengan pemergian mereka namun sentiasa mendoakan mereka aman di alam kerehatan sebelum bertemu di padang mahsyar…bagaimanakah agaknya perasaan diri ini andai berada di tempat mereka ketika ini….kecewa,sedih,sayu,semuanya bertaut jd satu kerana peluang ramadhan terdahulu tidak ku sempurnakan dengan sesempurna yg mungkin…..ya Allah,ampunilah hamba mu yg sering leka dan alpa ini,Kau tunjukkalan aku jalan yg terbaik untukku,anugerahkanlah kudrat untuk aku berusaha menggapai redhaMu….hamba sedar diri ini hanya insan yg hina di sisiMu….

Carilah diri kita yg sebenar di dalam bulan ini…kerana bulan ini merupakan madrasah untuk mentarbiyyah nafsu,amarah,dengki dan sebagainya….bermacam2 ujian untuk kita yg tersedia namun kita akan berusaha sebaik mungkin untuk menghalang dan menghindarinya kerana bg kebanyakan org ia adalah untuk menghormati bulan ramadhan selain mereka sedar tentang keistimewaan bulan ini…namun begitu dalam kita tak sedar ia turut membentuk diri kita yg baru dengan jiwa yg baru dan jikalau proses ini berlaku sepanjang bulan ramadhan,tidak mustahil kita akan kekal sebagai insan baru yg lebih baik dr sebelumnya walaupun ramadhan sudah berlalu….segala kebaikan adalah fitrah manusia kerana Allah tahu apa yg terbaik untuk kita sebagai hambaNYA kerana DIAlah yg menciptakan kita…tidak ada org yg lebih tahu tentang sesuatu itu melainkan yg menciptakannya….dengan berbuat kebaikan,hati kita akan tenang kerana itulah fitrah segumpal darah yg bernama hati…

Pejam celik kita sudah berada di hari ke 9 ramadhan dan bakal masuk ke suku ke-2 iaitu 10 hari untuk mendapat mahgfirah Allah S.W.T…bulan ramadhan terbahagi kepada 3 iaitu 10 hari yang pertama untuk mendapat rahmat,10 hari untuk mendapat maghfirah dan 10 yang terakhir ialah untuk jauh dari api neraka…selain itu,di 10 malam terakir itu,terdapat suatu keistimewaan yang tidak ternilai iaitu malam lailatulqadar yang merupakan malam yang lebih baik dari seribu bulan….bayangkan lah ganjarannya…malam yang hening dan tenang untuk hambaNYA sujud mengambdikan diri mencari keredhaan dan keampunan MAHA PENGAMPUN…. Marilah sama2 kita hidupkan malam ramadhan dengan ibadah dan amal soleh….ramadhan merupakan suatu pesta yang amat berbeza kerana ia adalah pesta ibadah…semoga kita dapat meraikan dan merayakannya dengan hati yang berbunga dan redha…sama2 lah kita mempertingkat kualiti diri kita sebagai hambaNYa dan menjadi insan dan bukan haiwani mahupun syaitani…insyaallah….

No comments:

Post a Comment