Sunday, January 20, 2013

Allahuakbar!


Buka mata kita seluasnya dan lihatlah sekeliling kita. Renungkan pandangan kita pada objek yang buat kita terpana. Selaminya dengan anak mata kita dikala itu juga bukalah seluasnya hati kita. Dalam diam hembusan nafas lega menyapa di telinga berdesir. Sungguh aku hanya insan kerdil kepada yang Maha Esa. Pasti itu yang terdetik di hati kecil ini jika kita benar-benar sedar tentang hakikat kehidupan manusia dan alam sejagat ini. Sesuatu yang terpenting dalam kehidupan kita untuk mencari peluang dekat dan akrab dengan Allah s.w.t. Bukan kerana untuk berbangga dengan manusia tetapi untuk kita jadi insan yang dipilihNYA untuk menempa syurgaNYA di akhirat kelak. Sepertimana yang kita semua sediamaklum akhirat adalah kepastian kehidupan abadi kita. maka di dunia inilah jalan penentunya.

dalam kesibukan menjalani kehidupan kita ini,sering kita terlalai dan alpa dengan hakikat ini. melupakan Allah tika kita sedang bergembira, mengabaikan tanggungjawab kita padaNYA tika sibuk bekerja. namun kasihnya Allah tidak pernah melupakan dan mengabaikan kita. setiap saat dan waktu, limpahan rahmat dan kasih sayangNYA sentiasa berdamping disisi kita. manakan tidak, disaat kita bergembira, Allah beri kita nikmat untuk meraikan kegembiraan. disaat kita bekerja, Allah anugerahkan kemudahan dalam urusan kita. tapi manusia tetap tidak merasai hakikat itu dan terusan melupakan hal itu.


"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang. ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal"

Ali-Imran 3:190


tidakkah ada sekelumit rasa malu kita padaNYA?sungguh sombong manusia dengan tuannya. ada juga diantara manusia yang menjawab "alah,kubur masing-masing,pe ada hal" dan "sendiri buat,sendiri mau ingatlah", antara kata-kata angkuh manusia bila diingatkan tentang Allah s.w.t, tentang azab kubur, tentang kehidupan akhirat. masih mahu berpijak di bumi Allah s.w.t dan masih mahu melakukan maksiat diatasnya. manusia punya maruah dan harga diri namun mereka telah membuang semua itu jauh-jauh. semua itu tiada makna bagi mereka. namun ingatlah firman Allah s.w.t.

"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya. Merekalah ahli neraka. mereka kekal di dalamnya"

Al-A'raaf 7:36



semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang tidak tahu bersyukur. marilah sama-sama kita mengambil peluang kehidupan ini untuk kita perbaiki kelemahan diri dan juga mempertingkatkan amal kita kepada Allah. s.w.t.



Tuesday, January 8, 2013

Amani Sudah Setahun

"Anak-anak itu ibarat kain putih,dan sesungguhnya ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorak mereka."

kata-kata yang membuatkan aku termenung suatu ketika dahulu. Tanggungjawab yang sangat besar buat insan yang bergelar ibu dan bapa. Sungguh aku jua bimbang akan perlaksanaan tanggungjawab ini. Mampukah aku melangsaikan amanah Allah s.w.t ini dengan sebaiknya. Namun aku percaya tiada yang mustahil dalam kehidupan ini jika kita sentiasa berhubung dan bergantung hanya pada yang Maha Berkuasa dan Maha Hebat, Allah s.w.t. Lalu aku tanamkan azam untuk berusaha sebaik yang aku mampu dalam mendidik anak-anakku. Mungkin tidaklah sebaik Imam Hassan Al-Banna dan apatah lagi Nabi Muhammad s.a.w. Aku cuba perbaiki kelemahan yang ada pada diriku untuk dapat dijadikan contoh buat anak-anakku. Aku berharap agar mereka tidak mengambil kelemahan aku sebagai pegangan.

anak sulungku kini sudah genap berumur setahun. Sekejap rasanya masa berlalu, sudah setahun kami menjaga dan mendidiknya. Aku rasakan baru semalam isteriku melahirkannya. Wan Nur Amani, sungguh telatahnya membuatkan aku rasa hilang penat. senyumannya, gelak tawanya, rengekannya, tangisannya. Semuanya membuatkan aku rasa terhibur. Masih terbayang di mataku ketika dia mula merangkak dan juga memulakan langkah pertamanya. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata semua kenangan itu. Benarlah kata orang hanya insan yang melaluinya sahaja mampu merasainya. Kaum ibulah yang paling gembira termasuklah jugak tok umi dan nanny amani yang asyik membicarakan mengenainya. Sudah besar anak baba. Baba doakan amani akan jadi anak,wanita, dan hamba Allah yang solehah. Aku tahu anak-anaklah sebenarnya harta yang terbaik untuk aku tinggalkan setelah kembali kepadaNYA. Doa anak yang soleh dan solehah akan menyuburkan alam kuburku sebelum kita semua dibangkitkan di padang mahsyar kelak. Semoga aku benar-benar mendidik dirimu dan tidak hanya menjagamu untuk memastikan corak yang terlukis adalah yang tercantik dan terindah buatmu.

Dari Abu Hurairah Radiallahu 'Anhu katanya, rasulullah SAW telah bersabda : " Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya." (HR Muslim)


Selamat Hari Lahir Amani!



Kek Amani,Iqah,Syafiq



Amani & baba


Amani dan Teddy bear


Amani solehah :)