Thursday, September 8, 2011

Sajak Pejuang.......

Di dalam perjalanan perjuangan ini,
Telah ramai yang terkorban diri,
Namun mereka tidak mati,
Hanya cuma sepi menyendiri.

Dulu bicaranya dengan rasa,
Kini mengikut hati serasanya,
dulunya penuh tawadhuk,
Kini semuanya mahu ditunduk.

Islam hilang mutiara,
Namun kita tidak pernah putus asa,
Walau kini tidak bersama mereka,
Perjuangan tetap berkobar di dada kita.


Pada tanggal 1 syawal tahun ini...tiba-tiba datang ilham untuk menukilkan sepotong sajak buat para pejuang agama...agar sentiasa berhati-hati dalam kita beramal dan berbakti....perlu pastikan segalanya kerana Allah  dan bukan kerana yang lain....yang kita mahukan redha Allah bukan redha manusia...yang kita mahukan janji Allah dan bukan janji manusia...ingatlah!!!!!

No comments:

Post a Comment