Friday, December 14, 2012

~10.12.10 - 10.12.12~

sungguh indah kata cinta.
mengusik hati sang teruna & dara.
tidak ada cinta tanpa kasih sayang.
tiadalah manusia tanpa rasa cinta.

namun ia tetap tiada ertinya.
jika tanpa limpahan kasih dan cintaNYA.



-------------------------------------------------------------------------------
mainkan lagu dibawah sambil baca ye..:)


buat isteriku yang amat aku cintai Nur 'atiyah...semoga kita dapat terus hidup bersama hingga ke syurga...berusaha bersama-sama perbaiki kelemahan dan perbetulkan kesilapan...semoga cinta kita diredhaiNYA..

suatu ketika yang aku masih ingat

aku masih ingat suatu ketika dahulu..aku selalu membayangkan untuk menyunting bunga di taman yang cukup indah...kerna aku pasti disana terdapat pelbagai jenis bunga yang cantik dan harum..bagiku sahibah MATRI adalah yang terbaik..
sehingga kini aku masih beranggapan begitu..kerna mereka wujud di taman seindah itu(MATRI)..sering dijaga rapi dengan tarbiyyah,sering dibajai dengan iman dan taqwa, sering disirami peringatan jua teguran..semuanya cukup sempurna untuk menjadikan mereka sekuntum bunga yang mekar cantik dan indah.

dan aku juga selalu membayangkan diriku ini yang tidak layak menyunting sebarang bunga ditaman itu kerna aku hanya sang pekebun yang senantiasa dipaliti lumpur dan kotornya jahiliyyah..aku hanya mampu melihat dikejauhan dan mendoakan agar mereka dipetik insan selayaknya.

Itu hanyalah pandangan aku sewaktu aku masih bersekolah dulu kerna ruang lingkup aku hanyalah MATRI selama 5 tahun itu. Hakikatnya bunga yang cantik memang ada di taman yang indah namun tetap ada dikalangan lalang. Semuanya cantik ciptaan Allah s.w.t dan manusia itu cantik kerna akhlak dan taqwanya. 

Alhamdulillah kerna Allah telah beri yang terbaik buat diriku. Takdir Allah membatasi segalanya..andaian dan bayangan tiada yang jadi mustahil dengan izinNYA..sekuntum bunga yang cantik dipandangan mataku..aku gagahi untuk menyuntingnya menjadi peneman hidupku..menemani perjalanan hidupku mencari cinta sejati,cinta Illahi..dia adalah pelengkap hidupku..dan aku berharap ia tetap setia disisiku hingga aku bertemu tuhanku...

kini 2 tahun telah berlalu..aku sangat bahagia hidup bersamanya..susah dan senang dihadapi bersama..ramai juga teman yang bertanya kepayahan dan jerihnya rumahtangga..aku katakan pada mereka yang pahit itu kadang beri bahagia..tanpa pahit kita mungkin tidak akan kenal erti manis..terima kasih buat kaum keluarga,teman-teman yang senantiasa mendoakan kami..sungguh kami amat menghargainya..hanya Allah sahaja yang tahu betapa rasa beruntungnya kami punya kenalan seperti kamu semua...semoga Allah redha dengan kita dunia dan akhirat..

sayang awk sangat kerana Allah..:)


lagu buat Nur'atiyah




-2010-


-2011-


-2012-


Saturday, November 17, 2012

GAZA diserang zionis lagi!!!!!


tatkala kita sedang enak diulit mimpi indah,saudara kita di gaza sedang berjaga demi keselamatan.
tatkala kita sedang seenaknya menyantap pelbagai lauk kegemaran,saudara kita di gaza sedang kelaparan.
tatkala kita sedang gembira bersenda gurau,suadara kita di gaza sedang menangis ketakutan bersama.
tatkala bumi kita basah dihujani air.saudara kita di gaza sedang dihujani dengan roket,peluru dan juga bom.

sedikit perbandingan untuk kita mengetuk hati dan jiwa agar merasai hakikat sebuah pengorbanan dan perjuangan....mereka berada dalam keadaan yang serba kekurangan namun mempunyai kekuatan luar biasa untuk menghadapi segala bentuk ancaman dari zionis laknatullah.peluru berpandu telah membunuh pemimpin gaza. tidak cukup dengan itu, beratus lagi peluru berpandu dilepaskan dan membedil apa sahaja yang berada di hadapan. hancur musnah bangunan,rumah kediaman,kedai dan sebagainya. anak-anak kecil dan warga tua tidak terkecuali bertemu syahid. serangan demi serangan tidak berhenti dan mereka sememangnya tidak akan pernah berhenti selagi mana bumi ini tidak kiamat. pelbagai solusi dari negara-negara dunia cuba untuk digunapakai dan diimplimantasi, namun semuanya menemu jalan buntu. kerna ini bukan masalah hubungan antara negara  mahupun manusia semata bahkan lebih dari itu melibatkan agama ISLAM itu sendiri.



Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
(Al-Baqarah 2:120)


mereka di gaza adalah saudara kita dan bukannya orang asing yang tidak kita kenali. maka kita perlu turut merasai apa yang sedang mereka rasai. dengan rasa hati itulah yang akan menguatkan keazaman kita bagi membantu mereka. dengan rasa hati itulah akan menyedarkan kita tentang hakikat ukhuwah islamiyyah. dengan rasa hati itu jualah kita akan buat apa sahaja demi membantu mereka.


Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW :

"Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri"


maka renungkanlah ke dalam diri kita. menilai kemampuan dan kekuatan yang ada demi membantu saudara kita di sana. ada yang mempunyai semangat yang kuat untuk berkhidmat sebagai para pejuang di sna,maka silakanlah. dan jika tidak, banyak cabang dan jalan yang boleh dipilih bagi mengurangkan bebanan mereka, mungkin dengan menderma dan berdoa kepada Allah s.w.t agar diberi kekuatan kepada mereka.


ayuh!!para pejuang agama Allah s.w.t....musuh Allah sedang menggasak ISLAM dan ummatnya...mana mungkin kita berdiam diri sahaja....sedarkanlah diri kita,bangunkanlah jiwa kita dan gerakkanlah usaha kita...

Saturday, April 14, 2012

lagi peringatan....

peringatan bagi orang yang beriman adalah sangat penting dalam usahanya meningkatkan diri dengan iman dan taqwanya pada Allah s.w.t....manusia perlu senantiasa diingatkan tentang pelbagai perkara...dari sekecil dan seremeh perkara hinggalah kepada sebesar dan sekompleks perkara....tambahan pula peringatan yang datangnya dari Allah s.w.t serta Rasulullah s.a.w....peringatan kepada manusia tentang kehidupan dunia,kehidupan akhirat,dosa dan pahala,tanggungjawab dan kepimpinan serta bermacam-macam lagi.....antaranya yang telah disebut Allah s.w.t...

Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
(Al-Baqarah 2:39)                            


Al-quran telah diturunkan kepada Rasulullah s.a.w sebagai peringatan kepada kita dalam bentuk yang mampu menjadikan diri kita benar-benar seorang muslim mukmin yang dikehendaki Allah s.w.t....islam adalah cara hidup yang diredhaiNYA....jika kita tidak mahu mendengar segala peringatan ini,kita akan termasuk dalam golongan yang rugi dunia dan akhirat....


Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akanberoleh hidayah petunjuk selama-lamanya.

(Al-Kahfi 18:57)

marilah kita sama-sama saling ingat memperingati antara satu sama lain dalam kita memperbaiki tingkah kita yang baik dan meninggalkan tingkah kita yang buruk....dengan duduk bersama orang yang inginkan kebaikan dan cuba berusaha menuju kebaikan yang dituntut Allah.s.wt,kita akan menjadi lebih kuat dan termotivasi untuk turut berusaha seperti mereka...kita manusia sememangnya mempunyai kelemahan masing-masing yang perlu untuk kita saling lengkap melengkapi antara satu sama lain....kerana kita tidak mahu menjadi manusia yang rugi di dunia dan akhirat.....

Sunday, April 8, 2012

Peringatan Buat Diri.....



peringatan adalah suatu yang sangat penting dalam kehidupan kita.....dalam keadaan kita sedar mahupun tidak,semenjak usia kita mencecah setahun hinggalah ke saat ini,telah banyak peringatan yang kita dengar....ibaratnya peringatan dan manusia bagai isi dan kuku...."abang,belajar rajin-rajin tau!!!"antara ayat peringatan yang sangat sinonim dalam kehidupan kita....penting sangat ke peringatan ini??ramai menyangka semakin dewasa mereka,maka makin kurang keperluan terhadap peringatan itu...kerana pada sangkaan mereka juga,mereka telah matang dan mampu untuk berdikari sepenuhnya tanpa perlu peringatan dari orang lain..hakikatnya mereka sedang berada dalam sangkaan yang silap....

peringatan adalah sangat penting kepada manusia dalam apa jua keadaan tanpa mengira usia,warna kulit,bangsa,pangkat dan sebagainya....kerana manusia ini bersifat pelupa sebenarnya....tapi bodoh sombong untuk mengakui....termaktub dalam al-quran menyatakan keperluan peringatan kepada manusia tambahan pula orang islam...


A055
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
(Adz-Dzaariyaat 51:55)

marilah kita sama-sama saling ingat memperingati antara satu sama lain....terutama berkaitan dengan perkara yang disuruh dan yang ditegah Allah s.w.t....            

Saturday, February 11, 2012

era baru : wan nur amani

Alhamdulillah...perkataan pertama yang terpacul dari bibirku pada suatu petang yang hening tanggal 8 januari 2011....tanpa ku sangka,air jernih mengalir dikelopak mata dan membasahi pipi....tidak dapat digambarkan perasaan ketika itu...hanya kepadaNYA aku kembali meluahkan perasaanku....setelah hampir 12 jam isteriku bertarung sakit....akhirnya,segala kesakitan ditanggungnya selama ini terurai dengan tangisan anak kecil itu....aku lihat isteriku tersenyum lemah dan payah namun tersirna kegembiraan menjadi seorang ibu...mungkin pada saat itu,dia telah dapat merasai bagaimana perasaan ibunya suatu ketika dahulu melahirkan dirinya....

tanpa berlengah,aku terus melaksanakan sujud syukur dengan linangan air mata gembira...sungguh,tidak dapat digambarkan perasaanku saat itu...terasa bagaikan mimpi dan sedang terawang-awang di bumi nyata ini..hanya padaNYA selayaknya aku sujud tanda kehambaanku dan tanda syukurku kepadaNYA...selang beberapa minit,sedang aku menunggu di ruang menunggu,jururawat telah memanggilku untuk mengazan dan megiqamatkan ankanda kami yang tercinta...telah hampir 9 bulan kami menanti dan berbualnya dari luar dan hari ini kami telah dapat mendengar teriak tangis anak comel ini...doa kami hanyalah semoga anak ini akan menjadi mujahidah solehah yang akan menjadi saham kami di akhirat kelak...baru hari ini,aku telah merasai nikmat menjadi seorang ayah...namun aku tahu,saat ini juga tanggungjawabku telah bertambah...jawabnya,aku perlu lebih matang dalam menghadapi kehidupan mendatang...

kami dah berbincang untuk meletak anak kecil kami ini dengan pelbagai nama namun akhirnya kami telah memilih nama wan nur amani bt wan mohd basyir.....nur yang membawa maksud cahaya dan amani pula bermakna ketenanganku@cita-citaku....semoga anak kecil ini akan menjadi cahaya ketenangan buat kami dunia dan akhirat,insyaallah....kini bermulalah era baru dalam kehidupan keluarga kami...



seusai dilahirkan

nk cakap apa tu??

sama ok!!!

sayang amani...

rileks je....

senyum pulak ye...

trademark tangan keluar....