Friday, February 15, 2013

langkawi.Aku.datang

Allah s.w.t yang memberi kita nikmat kelapangan masa dan sepatutnya kita gunakan peluang itu sebaik yang mungkin. Subhanallah,alhamdulillah.tiada kata yang terbaik melainkan dengan menyebut nama Allah s.w.t, sebagai tanda syukur kita sebagai hamba kepada sang TUAN.


Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu brsyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Ibrahim 14 : 7)



Sungguh kasih Allah s.w.t terhadap hambaNYA sangat luas seluas lautan yang tak bertepi. Tidak sekadar itu,lihatlah sekeliling kita.tadabbur alam bakal buat kita dekat dengan alam. Mampu membuat hati kita dengan denganNYA. Tiada yang mampu mencipta alam ini dengan sebaiknya melainkan Dia yang Maha Hebat. di tengah alam kelihatan kerdil manusia. dengan sekelip mata alam mampu menghapuskan kita. Semuanya didalam genggamanNYA. Semuanya adalah bala tentera Allah s.w.t.

cuti sekolah yang lalu, Allah s.w.t beri ruang dan peluang pada diri untuk mengambil cuti dan berjaulah bersama ahli keluarga mertua ke langkawi. Sambil menyelam minum air, kerana pada perancangan asalnya hanyalah untuk bertandang ke kenduri sahabat kami di MATRI iaitu Dr Hudzaifah Nordin dan Dr Sumayyah Adzhar. sungguh manusia merancang dan Allah juga merancang, dan nyata perancangan Allah adalah yang terbaik dan sempurna. 

seusai masing berkemas-kemas. sekitar jam 2 petang kami mula bertolak ke jeti Kuala Perlis. sebelum sampai ke sana, sempat lagi kami singgah ke sebuah kenduri. memenuhi jemputan. Jua suatu tanggungjawab yang perlu kami lunaskan,insyAllah semoga kedua mempelai dilimpahkan rahmat dan kasih sayangNYA. Selepas kenyang mengisi perut di kenuri, kami menyambung perjalanan ke jeti.

ini adalah kali kedua aku menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi. Pertama kali adalah sewaktu di tingkatan satu, program minggu suaikenal yang diadakan disana. Alhamdulillah, Allah s.w.t berikan kesempatan itu kerna dengar cerita batch selepasnya sudah tidak kesana lagi atas kesulitan dari segi kos dan sebagainya. dalam memori aku hanyalah sedikit tentang Pulau Langkawi dan mungkin dianggap tiada kerna waktu itu lebih kepada aktiviti 'camping'. tiada tempat lain kami pergi melainkan Pantai Pasir Tengkorak dan juga Pekan Kuah. Kali ini pasti membawa kepada sesuatu kenangan yang berbeza. sudah hampir 12 tahun lalu aku pernah jejakkan kaki di sini dan hari ini aku kembali. 


setibanya kami di jeti Pekan Kuah, kami pun cepat-cepat mendapatkan kereta sewa yang muat lebih kurang 9 orang. avanza menjadi pilihan kami dan walaupun macam tak muat tapi dengan teknik "kita buat dia" semuanya muat memenuhi ruang yang ada. tempat pertama kami tujui adalah kenduri sahabat kami. kali kedua mengisi perut buat tengah hari ini. Alhamdulillah, rezeki jangan tolak. Selepas itu, kami bersiap-siap untuk menikmati air laut Pulau Langkawi. pantai yang agak terkenal di sini iaitu Pantai Chenang. Amani sangat gembira dapat mandi air laut. ini adalah kali pertama dia mandi laut. malam itu kami menginap di sebuah rumah tumpangan di Pekan Kuah.


malam itu, pelbagai perancangan dicadangkan untuk keesokannya, namun memandangkan bajet yang agak terhad, kami memilih untuk sambung mandi laut lagi esok. maklumlah bukan selalu dapat mandi laut macam ni.air yang jernih dan pasir yang halus serta putih, subhanallah sangat cantik. berkemungkinan setahun sekali pun susah untuk dapat mandi laut.

seawal jam 8 pagi kami telah pun bersiap untuk ke pantai. dalam perjalanan, singgah untuk membungkus sarapan. nasi lemak menjadi pilihan. sesampainya di sana, kami pun terus ke
air dan berendam. pantai masih agak sunyi, cuma kelihatan beberapa orang mat salleh sedang berjogging. kami mandi sehinga puas sepuasnya. 


lebih kurang jam 11 pagi kami telah pun bersiap untuk pulang ke Perlis. sebelum membeli tiket feri, kami berjalan-jalan di Pekan Kuah dan membeli buah tangan, buah kaki dan seangkatan dengannya. paling terkenal sekali adalah tempat membeli belah kerana langkawi menjanjikan barangan yang tiada dikenakan sebarang cukai. Coklat dan minyak wangi adalah barangan biasa yang menjadi perhatian. selepas memborong sedikit sebanyak untuk di bawa pulang, kami pun makan tengah hari disebuah kedai. kerna terlalu lapar, kerabu sayur telah kusangka kerabu kerang. namun ku gagahi juga menelan walau sebenarnya terasa tekak ini tidak boleh terima. lebih kurang jam 3.30 petang kami telah pun berada diatas feri untuk ke jeti Kuala Perlis. selamat tinggal kenangan dan selamat tinggal langkawi.










sedikit gambar-gambar kenangan disini. Semoga jaulah ini dapat memberi impak kepada proses hati dan tarbiyyah dzatiyah dalam rangka mentarbawikan segalanya yang ada disekeliling kita. mengambil ibrah disetiapnya dan sentiasa mendekat diri kita dengan Allah s.w.t,insyaallah.