Sunday, February 7, 2010

Berbuat baik berpada-pada,buat jahat sekali sekala

 
kita hidup bermasyarakat

Hidup kita sebagai manusia perlu disedari bahawa kita tidak bersorangan malah kita merupakan salah seorang dari anggota masyarakat yang amat memerlukan dan diperlukan antara satu sama lain. Hubungan dan talian fitrah kehidupan ini memang begitu indah dan sangat unik. Kita memerlukan komunikasi yang merangkumi pelbagai dimensi yang perlu dititikberatkan untuk memperindahkan hubungan antara kita sebagai manusia samada komunikasi suara,komunikasi sosial,komunikasi fizikal dan sebagainya. Untuk menjadikan sesuatu itu indah,ia amat mendambakan jalan dan cara untuk membina keindahan itu jug, perlu berakar umbikan sesuatu yang baik. Dari sudut pandangan diri ini ynag penuh kesilapan dan dosa,secara fitrahnya hidup memang begitu,buat baik dibalas baik,buat jahat dibalas jahat. Hukum karma yang mudah untuk difahami.namun begitu,perlu diingatkan,biarlah kita berbuat baik kepada insan lain dengan ikhlas kerana Allah kerana kkdang apabila kita mengharapkan balasan manusia,mugkin kita akan kecewa tapi tidak bagi Allah kerana janjiNYA pasti ditepati. Selain itu, mungkin dengan cara ini,ia akan lebih beri kita ketengangan hati.



analogi yang cukup menarik apabila kita perhatikan pkok buah yang sering dilemparkan batu, ditendang dan sebagainya tetapi masih sudi untuk menumpangkan manusia brteduh dan mengambil buah-buahnya yang enak untuk dinikmati. Hidup ini memeang tidak pernah sepi dari gangguan manusia yang berhati busuk,jahat,kotor dan sebagainya namun jika kita amalkan seperti pohon buah tadi yang masih sudi memberi kebaikan pada orang yang melukakannya, ini akn lebih memberi suatu keindahan dalam konteks hubungan manusia kerana mungkin dia akan sedar tentang keburukannya dan jika tidak,ingatlah hidup ini bukan setakat di dunia kerana mahkamah akhirat pasti dan tidak dapat dielakkan.kita tidak akan rugi walau sedikit pun. Sama-samalah kita perbaiki hubungan ini agar kita dapat hidup harmoni dan tenteram………

6 comments:

  1. alhamdulillah...suatu peringatan yg amat bermakna buat kita smua...moga perhubungan yg terbina ini atas ikatan ukuwah kerana allah swt...insyaallah

    ReplyDelete
  2. setiap ikatan kalau kerana Allah pasti tidak akn putus...kerana tali ini lebih lasak dan tahan berbanding dgn tali2 yg ada di bumi Allah ini...

    ReplyDelete
  3. "....Hidup ini memeang tidak pernah sepi dari gangguan manusia yang berhati busuk,jahat,kotor dan sebagainya ....."

    sikap ini wujud, dan memang betul2 wujud,...tapi bagi aku,...diri kita ini sendiri pun kadang2 tak terlepas dari berasa sikap itu,..maksud aku,..kita juga dalam sesuatu masa, akan terjebak ke golongan tersebut dalam keadaan sedar atau tak sedar,...kadang2 kita lihat segelintir dari mereka agak selfish,...namun, ketika itu juga kota sudah boleh menjadi selfish,,..kerana sama-sama mementingkan diri sendiri sahaja,..sama2 muhasabah diri,...aku pun teruk,...semua orang teruk,...tapi semua orang juga punya hati yang baik ,....salam...~

    ReplyDelete
  4. mekasih daud atas komen anda...mmg betul,manusia tak pernah lari dari kesilapan...Allah itu Maha Pengampun lg Maha PEnerima taubat...yg penting,kita kena sentiasa muhasabah diri dan perbaiki kelemahan ini...dalam post ini contohnya,lebih fokus terhadap perkara yg asas..jika kita nk org lain wat baik kt kita,kita kene wat baik kt org dulu..~

    ReplyDelete
  5. sama-sama basyir....muhasabah diri ni yang palig susah,.....eerrkkk!!

    ReplyDelete
  6. I felt very happy while reading this site. This was really very informative site for me. I really liked it. This was really a cordial post. Thanks a lot!. ancheer bike review

    ReplyDelete