Thursday, October 7, 2010

dimalam dinihari.....

Go to fullsize image
suasana hening pagi....tiada kedengaran suara rakan-rakan serumah...yang ada hanyalah tiupan angin dari kipas berhampiran yang menyejukkan....sunyi.....terasa begitu sunyi.....saat ini aku terasa seperti ingin berfikir tentang kehidupan aku...kita...kamu...manusia....suatu perkara yang sering dan akan sentiasa berlaku dalam perjalanan kehidupan kita...banyak hal yang akan dibincangkan tentang kehidupan....banyak pendapat tentang kehidupan....pelbagai sejarah pengalaman kehidupan....semuanya berkaitan dengan sebuah kehidupan....yang hanya diberi peluang untuk merasainya cuma sekali....kita mahukan yang terbaik untuk kehidupan ini...semua juga inginkan begitu....siapa yang tidak mahu yang terbaik....??

bagaimana melalui kehidupan ini agar menjadi yang terbaik untuk kita....??terbaik bukanlah sesuatu yang menunjukkan hanya anda yang berjaya kerana dari sudut yang berbeza,kita semua lakukan yang terbaik untuk dapatkan yang terbaik...jadi terbaik itu hanyalah suatu dari nilaian kita sendiri....bukan orang lain,jiran kita,kawan kita mahupun ibu bapa kita...namun yang pastinya nilaian terbaik kita perlulah seiring dengan nilaian Allah dan juga syarak Islam..suatu yang pasti kerana Islam dan kehidupan adalah umpama darah dan daging...sebati bersama...

aku ingin melakukan yang terbaik untuk peluang masa yang masih diberikan pada aku....saat ini...aku perlu untuk berubah untuk sentiasa memotivasikan diri untuk melakukan yang terbaik...biarlah mungkin aku tidak seberjaya orang lain...dengan usaha aku yang terbaik,itu sudah cukup untuk natijahnya yang aku anggap terbaik untuk diriku...hanya untuk diriku...aku yang menilainya...

hanya untuk muhasabah diri kita.....sekadar belajar untuk bersyukur....terbaik pada orang lain tidak semestinya terbaik untuk diri kita...cukuplah sekadarnya....aku ingin belajar rahsia syukur...semakin kita bersyukur dengan apa yang kita ada, Allah akan tambah rezekiNYA dan nikmatNYA pada kita....mungkin perlu mencari erti sebenar kata-kata Allah itu...untuk benar-benar merasainya...bersyukurlah....kerana itu sudah yang terbaik untukmu...

Monday, September 27, 2010

hikmah kembara......

assalamualaikum w.b.t......pada malam ini,tiba-tiba terasa ingin mencangkirkan sedikit nurkilan di blog yang telah lama tidak berusik....malam 19 syawal,ramadhan telah jauh meninggalkan kita...syawal juga bakal begitu...rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat islam di dunia ini terutama kaum keluarga,sahabat,rakan taulan dan juga saudara seakidah...MAAF ZAHIR DAN BATIN....mungkin lebih kepada suatu yang santai untuk dikongsi bersama....selalunya sebagai manusia kita sering lupa dan lalai kepada Allah yang menciptakan kita dan meminjamkan pada kita pelbagai perkara yang ada pada kita hari ini...selayaknya kita perlu sentiasa bersyukur dengan anugerah Allah ini

"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)". (Al-Baqarah 2:152)

namun begitu bersyukur bukan hanya sekadar suatu yang meniti di bibir kita....tapi dengan melaksanakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA...perlaksanaan ini akan memberikan kita lebih peluang untuk merasai nikmat-nikmatNYA...arus global hari ini telah melahirkan ramai manusia mengejar cita-cita dunia dan melupakan akhirat...sistem hari ini telah membuatkan manusia terus berada dalam kelalaian dan alpa...kadang-kadang dalam sedar dan tidak...ujian Allah yang hadir hanya sekadar untuk menguji hambanya namun hikmah yang tersembunyi begitu jauh dari pandangan hati...membuatkan manusia memilih untuk ingkar dan menyalahkan takdir...sehingga membuatkan mereka umpama orang gila di tengah ramai...

suatu kisah yang boleh dijadikan pedoman menggambarkan keteguhan hati seorang muslimah...suatu hari,dia diuji oleh Allah dengan ujian kehilangan seorang anak yang begitu disayanginya...melahirkan dan membesarkannya denga acuan islam..membuatkan dirinya begitu akrab dan rapat dengan anaknya...namun,sehinggalah suatu masa yang telah ditetapkan Allah sejak azali lagi...pemergian anak yang begitu disayangi...kehilangan yang begitu besar dalam hidupnya....berita yang pastinya akan membuat ramai ibu-ibu yang akan menangis dan meraung kesedihan...namun wanita ini menerima ketentuan Illahi ini dengan penuh redha...dalam tangisnya dia meluahkan rasa gembiranya kerana pada hari anaknya dikebumikan,ramai sahabat-sahabat anaknya yang hadir membuatkan dia merasa kehilangan seorang anak namun Allah telah menganugerahkannya lebih ramai anak...kata-kata yang mencerminkan keteguhan hati dan redhanya pada Allah....dia sedar anaknya itu bukan hak miliknya tapi hak Allah secara keseluruhannya...Allah hanya sekadar memberinya pinjam masa untuknya mencurahkan kasih sayang,mendidik anakya itu...amanah anak dari Allah padanya telah dilaksanakan dengan sebaiknya...semoga ibadahnya itu mendapat nilaian di sisi Allah....

begitu indah apabila Allah di hadapan dalam apa jua keadaan...hikmah adalah suatu ungkapan yang begitu selalu diungkapkan untuk memberi kekuatan pada teman yang menghadapi masalah...namun hikmah itu juga bukan sedar ungkapan...hanya hati yang benar mampu menilai hikmah disebalik musibah...memiliki hati yang benar adalah dari bersihnya hati...

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". (At-Taghaabun 64:11)

beitulah sifat Allah yang sangat bertepatan dengan namaNYA Allah Ar-Rahim, kasih dan sayangNYA pada hambaNYA begitu luas dan tidak bertepi...selangkah kita kepadaNYA beribu langkahNYA pada kita...terasa begitu hinanya kita sebagai hamba yang sombong pada tuan empunya...

 
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan)”.
(Surah Ali Imraan [3] : 193 )

Wednesday, August 18, 2010

puasa..........!!!!!!!!!!

ahlan wa sahlan ya ramadhan....begitu bahagia rasanya bila dapat bertemu lagi dengan bulan yg mulia ini,bulan ramadhan...bersyukur pada Allah s.w.t kerana masih memberi peluang kepada diri kita untuk meneguk dan merasia nikmatnya bulan mulia ini....ramai yang baru 2,3 hari merasai puasa pada tahun ini telah dipanggil pulang oleh Allah s.w.t.....mungkin setakat itu sahaja peluang yg ada pada mereka,didoakan amalan mereka diterima Allah.....puasa merupakan amalan yang menjadi salah satu kewajipan kepada kita sebagai insan yang bergelar seorang muslim kerana ia merupakan salah satu syarat untuk kita bergelar islam....

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"(al baqarah,ayat 183)

disebalik perintah Allah ini ,begitu banyak hikmah yang tersembunyi...bulan ini juga menjadi bulan madrasah dalam rangka untuk kita mendidik diri kita termasuklah hati,anggota tubuh,nafsu dan sebagainya...semoga kita dapat menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin...dalam tak sedar kita dah pun melalui bulan ini hampir seminggu...terasa begitu cepat masa berlalu...bagaimanakah amalan kita sepanjang tempoh yang berlalu ini??adakah lebih baik dari sebelumnya??persoalan yang perlu sentiasa meniti lubuk hati kita ini untuk kita sentiasa muhasabah diri kita...SENTIASA muhasabah diri...sekadar berkongsi peringatan untuk sama2 kita perbaiki diri kerana kesempurnaan adalah sifat yang mustahil bagi manusia tetapi usaha untuk menjadi lebih baik itu perlu, Allah tidak hanya melihat natijahnya tapi usaha yang kita laksanakan dengan hati yang ikhlas dan suci untuk bertaubat dan berubah....perubahan suatu yang amat perlu dalam diri kita kerana tak selamanya kita mahu berada di takuk dan tahap yang sama...fitrah manusia yang inginkan pada perubahan,zahirkan dan salurkanlah fitrah keinsanan ini kepada jalan yang betul menuju matlamat yn betul kerana ramai orang yang kecundang di tengah jalan....semoga kita djauhi daripada tergolong dalam golongan ini...ayuhlah teman,kita berubah!!!!

Sunday, February 7, 2010

Berbuat baik berpada-pada,buat jahat sekali sekala

 
kita hidup bermasyarakat

Hidup kita sebagai manusia perlu disedari bahawa kita tidak bersorangan malah kita merupakan salah seorang dari anggota masyarakat yang amat memerlukan dan diperlukan antara satu sama lain. Hubungan dan talian fitrah kehidupan ini memang begitu indah dan sangat unik. Kita memerlukan komunikasi yang merangkumi pelbagai dimensi yang perlu dititikberatkan untuk memperindahkan hubungan antara kita sebagai manusia samada komunikasi suara,komunikasi sosial,komunikasi fizikal dan sebagainya. Untuk menjadikan sesuatu itu indah,ia amat mendambakan jalan dan cara untuk membina keindahan itu jug, perlu berakar umbikan sesuatu yang baik. Dari sudut pandangan diri ini ynag penuh kesilapan dan dosa,secara fitrahnya hidup memang begitu,buat baik dibalas baik,buat jahat dibalas jahat. Hukum karma yang mudah untuk difahami.namun begitu,perlu diingatkan,biarlah kita berbuat baik kepada insan lain dengan ikhlas kerana Allah kerana kkdang apabila kita mengharapkan balasan manusia,mugkin kita akan kecewa tapi tidak bagi Allah kerana janjiNYA pasti ditepati. Selain itu, mungkin dengan cara ini,ia akan lebih beri kita ketengangan hati.



analogi yang cukup menarik apabila kita perhatikan pkok buah yang sering dilemparkan batu, ditendang dan sebagainya tetapi masih sudi untuk menumpangkan manusia brteduh dan mengambil buah-buahnya yang enak untuk dinikmati. Hidup ini memeang tidak pernah sepi dari gangguan manusia yang berhati busuk,jahat,kotor dan sebagainya namun jika kita amalkan seperti pohon buah tadi yang masih sudi memberi kebaikan pada orang yang melukakannya, ini akn lebih memberi suatu keindahan dalam konteks hubungan manusia kerana mungkin dia akan sedar tentang keburukannya dan jika tidak,ingatlah hidup ini bukan setakat di dunia kerana mahkamah akhirat pasti dan tidak dapat dielakkan.kita tidak akan rugi walau sedikit pun. Sama-samalah kita perbaiki hubungan ini agar kita dapat hidup harmoni dan tenteram………