Tuesday, January 8, 2013

Amani Sudah Setahun

"Anak-anak itu ibarat kain putih,dan sesungguhnya ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorak mereka."

kata-kata yang membuatkan aku termenung suatu ketika dahulu. Tanggungjawab yang sangat besar buat insan yang bergelar ibu dan bapa. Sungguh aku jua bimbang akan perlaksanaan tanggungjawab ini. Mampukah aku melangsaikan amanah Allah s.w.t ini dengan sebaiknya. Namun aku percaya tiada yang mustahil dalam kehidupan ini jika kita sentiasa berhubung dan bergantung hanya pada yang Maha Berkuasa dan Maha Hebat, Allah s.w.t. Lalu aku tanamkan azam untuk berusaha sebaik yang aku mampu dalam mendidik anak-anakku. Mungkin tidaklah sebaik Imam Hassan Al-Banna dan apatah lagi Nabi Muhammad s.a.w. Aku cuba perbaiki kelemahan yang ada pada diriku untuk dapat dijadikan contoh buat anak-anakku. Aku berharap agar mereka tidak mengambil kelemahan aku sebagai pegangan.

anak sulungku kini sudah genap berumur setahun. Sekejap rasanya masa berlalu, sudah setahun kami menjaga dan mendidiknya. Aku rasakan baru semalam isteriku melahirkannya. Wan Nur Amani, sungguh telatahnya membuatkan aku rasa hilang penat. senyumannya, gelak tawanya, rengekannya, tangisannya. Semuanya membuatkan aku rasa terhibur. Masih terbayang di mataku ketika dia mula merangkak dan juga memulakan langkah pertamanya. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata semua kenangan itu. Benarlah kata orang hanya insan yang melaluinya sahaja mampu merasainya. Kaum ibulah yang paling gembira termasuklah jugak tok umi dan nanny amani yang asyik membicarakan mengenainya. Sudah besar anak baba. Baba doakan amani akan jadi anak,wanita, dan hamba Allah yang solehah. Aku tahu anak-anaklah sebenarnya harta yang terbaik untuk aku tinggalkan setelah kembali kepadaNYA. Doa anak yang soleh dan solehah akan menyuburkan alam kuburku sebelum kita semua dibangkitkan di padang mahsyar kelak. Semoga aku benar-benar mendidik dirimu dan tidak hanya menjagamu untuk memastikan corak yang terlukis adalah yang tercantik dan terindah buatmu.

Dari Abu Hurairah Radiallahu 'Anhu katanya, rasulullah SAW telah bersabda : " Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya." (HR Muslim)


Selamat Hari Lahir Amani!



Kek Amani,Iqah,Syafiq



Amani & baba


Amani dan Teddy bear


Amani solehah :)

No comments:

Post a Comment