Sunday, August 23, 2009

KEHIDUPAN....



assalamualaikum...sebenarnya tak tahu nk tulis pe tp takpelah sebagai permulaan,saya nk cerita pasal hidup...semua orang ade kehidupan masing2. Hidup ini bermula sejak kita dilahirkan di muka bumi Allah s.w.t ini.Mungkin sebulan dua,kita belum sedar tapi sebenarnya kita telah pun menjalani sebuah kehidupan pada usia itu. Bermula dari itu jugalah kita mengenal dunia dan mula belajar tentang banyak perkara. Apabila kita mula sedar, kita akan semakin banyak belajar,antaranya berjalan,bercakap.minum.makan dan sebagainya.

Kita dibelai,dijaga dan diasuh dengan sebaik yg mungkin oleh ibubapa kita. Mungkin ia menjadi tanggungjawab mereka namun ia bukan kerana terpaksa tapi atas dasar kasih sayang. Ibubapa mana yg tidak sayangkan anak kn??sedangkan haiwan pun pandai mengasihi anak2nya. Semakin lama,kita semakin dewasa,sepanjang perjalanan masa itu juga banyak perkara yg kita lalui dan hadapi. Ia bukan suatu tempoh yg singkat kerana mungkin ia memakan masa 20 tahun,10 tahun malah mungkin juga 50 tahun sehinggalah usia kita pada hari ini.

Setiap orang melalui perjalanan hidup yang berbeza kerana ia telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t. Bukan salah siapa namun terimalah seadanya kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin ada diantara kita yang melalui peristiwa pahit dan ada juga yg manis. Beruntung pada yg hidupnya dihiasi keselesaan dan kebahagiaan,bersyukurlah dan hargailah apa yang anda perolehi kerna tika anda bergembira ada yang sedang berduka. Biasanya yang pahit itu ubat namun pahit ubat mampu ditelan tapi pahitnya kehidupan memang sukar untuk dilupakan. Namun begitu,janganlah kau menangisi takdir yang telah tertulis, lihatlah sekelilingmu, masih ramai sahabat2mu yang sentiasa sedia menyokong dan membantumu. Cakap memang senang tapi kita ada akal untuk berfikir, daripada kita pasrah dan putus asa, lebih baik kita cuba sedaya upaya mampu dan letak segala2nya pada Allah s.w.t.....peringatan untuk diri dan kawan2,insyaallah...maafkan yg tersilap dan terlajur tulis...sekian,wasalam....=)

No comments:

Post a Comment