doa yang sentiasa mengiringi anaknya
berat yg sentiasa diusung bersama mereka
ibu menangis setiap kali melalui liku-liku derita mengandung,melahir dan membesarkan kita….kita telah banyak mengguriskan hatinya selama kita menjadi anaknya sepanjang kita membesar dibawah jagaannya,bermacam2 masalah kita yang turut menjadi beban kepadanya untuk membawa anak kesayangan keluar dari masalah itu,tidak kira masalah akademik,akhlak,hidup,emosi dan sebagainya .…terlalu banyak kita telah menyusahkan ibu kita dalam kita sedari mahupun tidak…setiap titis air mata ibu yang jatuh,begitu besar dosa kita kepadanya…redha Allah terletak pada redha ibu bapa dan Rasulullah telah bersabda supaya kita lebih mengutamakan ibu berbanding yang lain-lain...begitu tinggi tahap seorang ibu di dalam islam…syurga itu terletak dibawah tapak kaki ibu…...namun begitu,ibu tetap menyayangi kita bagaikan kita tidak pernah membuat silap dan salah padanya…kita dibelai dan dijaga penuh kasih sayang…kita tetap setia didalam doanya agar anak2nya menjadi org2 yg baik2..
segunung harapan ibu terhadap anaknya
Tidak ada insan di dalam dunia ini yang mampu memikul semua ini melainkan seorang ibu…berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul…sayangilah ibu kita walaupun kasih sayang kita tidak setaraf kasihnya ….seorang ibu tidak mengharapkan balasan intan mahupun berlian…cukuplah melihat kita membesar dengan selesa, menjadi orang yang soleh dan solehah serta Berjaya di dunia dan akhirat…itu shaja sudah cukup membuat hatinya puas dan terubat segala duka yang dilaluinya selama ini…salam,cium dan peluklah ibu kita…pohonlah keampunannya dengan penuh keikhlasan..tanpa ibu,siapalah kita…