Friday, October 2, 2009

hasil tulisan yg telah ternukil.....

kehidupan ini kkdang bagaikan sebuah mimpi dan suatu tika kita berharap ia mmg cuma sekadar mimpi,namun kita perlu terima hakikat kehidupan ini mmg realiti,kita akan terus bergerak dan sebagainya selari dgn masa tanpa kita mampu hentikannya...kita kkdng terkenang mcm2 peristiwa dulu,mungkin pahit mungkin juga manis,terasa ingin kembali namun itu mustahil terjadi..hidup ini hanya mmberi satu peluang untuk kita merasai wktu itu,dan kita akan cuba untuk merasai wktu itu kembali,tetapi yang akan lahir adalah rasa yg berbeza dan akan menjadi kenangan kita pada masa akan datang...

kehidupan itu indah seperti indahnya pelangi ciptaan yang ESA,warna warni yang sentiasa mewarnai,kkdng gelap,kkdg ceria,tp mmg begitu kehidupan ini diciptakan,ini mungkin juga anugerah dari tuhan Yang Maha mengetahui,kita sebagai hamba dianugerahkan akal untuk berfikir kerana setiap kejdian baik ataupun buruk pasti ade hikmahnya yang menuntut kita sentiasa muhasabah diri kerana terasa perjalanan di dunia hampir ke penghujungnya dan tidak tergambar kehidupan abadi nanti yang bakal ditempuhi.......

kita merasakan dunia ini indah,namun tidak semua beranggapan begitu kerana sesetengah merasakan dunia ini neraka dan tidak adil bagi mereka,begitu pn ingatlah dunia ini merupakan ladang akhirat,tidak kira ia dianggap neraka atau syurga,ini bukan pengakhirannya,cuma sekadar permulaan perjalanan kehidupan...

org selalu ckp hidup ni mcm perjudian,sbb setiap pilihan yang kita buat belum tentu mmpunyai penyudah yang kita harapkan,mugkin jika kita pilih yg lain lebih baik penyudahnya berbanding yang kita pilih sekarang,tp yang sebenarnya hidup ini adlah perjuangan kerana hidup kita ada matlamat dan kita akan berjuang untuk mencapai matlamat tersebut,tak kira jalan apa ynag kita pilih pasti tujuannya adlah untuk mencapai matlamat kita itu,ingatlah kita ini hanya manusia,lemah dari segala segi namun kita adalah sebaik2 ciptaanNYA,bertawakallah kepada Allah selepas kita sudah berusaha sedaya mampu dan setiap usaha kita x pernah rugi kerana natijah itu milik Allah,pahala dan ganjaran akhirat tetap ada jika semua kerana Allah...

perubahan sesuatu yg kkdng mmg pasti berlaku,x kire la pada benda hidup mau pn bende yg x hidup,mcm manusia jgk,dari kecik smpai mati pasti ade perubahan dari segi fizikal,sikap,emosi dan sbgainya,kkdng kite x sedar yg kite dh jauh berubah,baik kalo perubahan itu positif tp bimbang kalo sebaliknya,dunia skrg ni ramai yg cenderung ke arah negatif,kkdng bkn kite x nk tinggalkan semua tu tp bende2 x baik ni besenye lebih dekat ngan nafsu kite,itu yg buat kite ssh nk tinggalkan,pape pn muhasabah la diri,jgn terlalu menghayati hidup skrg,kerana mgkin suatu mase dahulu kite lebih baik dan berwaspadalah untuk kehidupan tang seterusnya...

3 comments:

  1. bgos arr....ni ko bt ayat sndri kerr.....no wonder la..ko kn teror bm..hehe

    ReplyDelete
  2. xela kak...kalo guru bahasa tgk ayat2 adk ni,mesti die gelakkan...=P

    ReplyDelete
  3. haha...suh ar tyah tgok kn ayat ko...dia kan cg bm...hehe=p

    ReplyDelete