Wednesday, October 14, 2009

insan yang teristimewa: seorang ibu


doa yang sentiasa mengiringi anaknya

Ibu adalah seorang insan yang cukup istimewa dan mulia…ibulah yang mengandungkan kita selama 9 bulan dengan penuh derita…melahirkan kita juga dengan derita…membesarkan kita dari kecil dengan kerenah dan keletah kita yang bermacam-macam dengan penuh kesabaran,sanggup bersengkang mata ketika kita sakit...setiap titis susu ibu yang masuk ke mulut dan perut kita,diberi dengan penuh kasih sayang…kalau dikira pengorbananmu ibu,anakmu ini tidak mampu membalasnya walaupun dunia dan isinya menjadi galang ganti...


berat yg sentiasa diusung bersama mereka


ibu menangis setiap kali melalui liku-liku derita mengandung,melahir dan membesarkan kita….kita telah banyak mengguriskan hatinya selama kita menjadi anaknya sepanjang kita membesar dibawah jagaannya,bermacam2 masalah kita yang turut menjadi beban kepadanya untuk membawa anak kesayangan keluar dari masalah itu,tidak kira masalah akademik,akhlak,hidup,emosi dan sebagainya .…terlalu banyak kita telah menyusahkan ibu kita dalam kita sedari mahupun tidak…setiap titis air mata ibu yang jatuh,begitu besar dosa kita kepadanya…redha Allah terletak pada redha ibu bapa dan Rasulullah telah bersabda supaya kita lebih mengutamakan ibu berbanding yang lain-lain...begitu tinggi tahap seorang ibu di dalam islam…syurga itu terletak dibawah tapak kaki ibu…...namun begitu,ibu tetap menyayangi kita bagaikan kita tidak pernah membuat silap dan salah padanya…kita dibelai dan dijaga penuh kasih sayang…kita tetap setia didalam doanya agar anak2nya menjadi org2 yg baik2..


segunung harapan ibu terhadap anaknya


Tidak ada insan di dalam dunia ini yang mampu memikul semua ini melainkan seorang ibu…berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul…sayangilah ibu kita walaupun kasih sayang kita tidak setaraf kasihnya ….seorang ibu tidak mengharapkan balasan intan mahupun berlian…cukuplah melihat kita membesar dengan selesa, menjadi orang yang soleh dan solehah serta Berjaya di dunia dan akhirat…itu shaja sudah cukup membuat hatinya puas dan terubat segala duka yang dilaluinya selama ini…salam,cium dan peluklah ibu kita…pohonlah keampunannya dengan penuh keikhlasan..tanpa ibu,siapalah kita…

10 comments:

  1. smg bsyr jd anak y soleh...amin...

    ReplyDelete
  2. insyaallah kak...kt dunia ini kita ada ramai kawan2 tapi kita cuma ada satu ibu yang banyak memyusahkan diri demi anak2nya...

    ReplyDelete
  3. i wish i can make my mom happy evryday... bg kesenangan, keselesaan, kebhagiaan.. 1 day myb...

    ReplyDelete
  4. buku kira-kira= bila ku berjaga,engkau selalu di sisi...hehehe

    aina= do yuor best for ur mom...sementara kita masih mampu berbakti padanya...=)

    ReplyDelete
  5. daud
    aku pun rindu kt mak aku...hehehe=)kalo la dapat peluk and mintak ampun kt die skrg....aku rase mmg akan mmberi ketenangan pd hati ini...huhuhu

    ReplyDelete
  6. yaALLAH basyir, ngko telah menambah kesyahduan aku...xper, pas exam aku balik...!!!...lambat nyer lagi hahah...

    ReplyDelete
  7. bkn pe daud...aku ni susah nk wat cmtu tp jauh disudut hati ini....terasa teramat ingin berbuat demikian...huhuhu....pasti tak tergambar rasa dihati ini kalo peluang itu terjelma...=p aku syg ibu...!!!!

    ReplyDelete
  8. basir...sama2 kita balas jasa mereka....!!

    ReplyDelete