Sunday, February 7, 2010

Berbuat baik berpada-pada,buat jahat sekali sekala

 
kita hidup bermasyarakat

Hidup kita sebagai manusia perlu disedari bahawa kita tidak bersorangan malah kita merupakan salah seorang dari anggota masyarakat yang amat memerlukan dan diperlukan antara satu sama lain. Hubungan dan talian fitrah kehidupan ini memang begitu indah dan sangat unik. Kita memerlukan komunikasi yang merangkumi pelbagai dimensi yang perlu dititikberatkan untuk memperindahkan hubungan antara kita sebagai manusia samada komunikasi suara,komunikasi sosial,komunikasi fizikal dan sebagainya. Untuk menjadikan sesuatu itu indah,ia amat mendambakan jalan dan cara untuk membina keindahan itu jug, perlu berakar umbikan sesuatu yang baik. Dari sudut pandangan diri ini ynag penuh kesilapan dan dosa,secara fitrahnya hidup memang begitu,buat baik dibalas baik,buat jahat dibalas jahat. Hukum karma yang mudah untuk difahami.namun begitu,perlu diingatkan,biarlah kita berbuat baik kepada insan lain dengan ikhlas kerana Allah kerana kkdang apabila kita mengharapkan balasan manusia,mugkin kita akan kecewa tapi tidak bagi Allah kerana janjiNYA pasti ditepati. Selain itu, mungkin dengan cara ini,ia akan lebih beri kita ketengangan hati.



analogi yang cukup menarik apabila kita perhatikan pkok buah yang sering dilemparkan batu, ditendang dan sebagainya tetapi masih sudi untuk menumpangkan manusia brteduh dan mengambil buah-buahnya yang enak untuk dinikmati. Hidup ini memeang tidak pernah sepi dari gangguan manusia yang berhati busuk,jahat,kotor dan sebagainya namun jika kita amalkan seperti pohon buah tadi yang masih sudi memberi kebaikan pada orang yang melukakannya, ini akn lebih memberi suatu keindahan dalam konteks hubungan manusia kerana mungkin dia akan sedar tentang keburukannya dan jika tidak,ingatlah hidup ini bukan setakat di dunia kerana mahkamah akhirat pasti dan tidak dapat dielakkan.kita tidak akan rugi walau sedikit pun. Sama-samalah kita perbaiki hubungan ini agar kita dapat hidup harmoni dan tenteram………