Semuanya bermula dari sebuah rumah kerana di dalamnya ada sebuah keluarga yang menjadi asas kepada sebuah masyarakat. Pembentukan jati diri insan juga bermula dengan didikan di rumah sehinggalah kita menjadi diri kita hari ini. Didikan yang baik di rumah, menghasilkan insan yang terbaik dalam masyarakat,insyaallah. Institusi yang sangat di titik beratkan terutama dalam islam sendiri. Bermulanya dengan dua pengantin yang berjanji untuk bersama dalam susah dan senang di samping memenuhi sunnah Rasulullah. Memegang konsep membina baitul muslim dan baitul dakwah dalam pernikahan penuh barakah serta mengimpikan anak-anak yang soleh dan solehah. Sekadar coretan rindu pada keluargaku yang tercinta…ini adalah keluargaku. Aku merupakan anak sulung daripada 8 orang adik beradik. Aku mempunyai ibu dan ayah yang aku panggil umi dan abah yang begitu amat pengasih dan mengambil berat tentang anak-anaknya. Abahku merupakan seorang ayah yang sangat prihatin terhadap anak-anaknya dalam diam. Abah memang seorang yang agak pendiam di rumah. Aku dan adik-adik bahkan umi juga jarang dapat berbual dengannya ditambah lagi dengan urusan kerjanya yang begitu sibuk. Namun aku tahu, abah sangat menyayangi kami. Abah memang seorang ayah yang tegas dan mempunyai prinsip hidup yang teguh. Banyak perkara yang aku dapat pelajari dan fahami sebagai bekalan aku meneruskan kehidupan ini. Terima kasih abah. Ibuku pula seorang guru di sebuah sekolah dan dia juga merupakan guru kepada kami adik beradik. Umi seorang yang sangat penyayang dan mudah bersimpati. Sifatnya telah menjadikannya sebagai ibu yang terbaik buat kami. Tidak pernah kenal penat lelah, susah payah, perit jerih menjaga, membesarkan dan mendidik kami agar menjadi insan, anak dan mukmin yang soleh dan solehah. Umi juga menjadi tempat kami mengadu kebanyakan hal dan umi tidak pernah jemu melayan kerenah kami dari kecil hinggalah kami besar. Terima kasih umi. Adik yang paling hampir dengan aku adalah akmal yang kami panggil angah. Seorang yang amat focus dalam kerjanya dan bersungguh-sungguh dalam semua hal. Angah juga merupakan seorang yang bertanggungjawab sehingga di setiap sekolah yang dia pergi , akan dilantik menjadi pengawas. Namun begitu, angah seorang yang mudah untuk runsing apabila menghadapi masalah dan umi lah yamg menjadi tempat mengadu. Iqbal atau achik adalah seorang yang rendah diri tapi sangat tegas dan berterus terang. Seorang yang sangat menggemari bidang seni dan sangat tekun memperingkatkan skilnya. Kini meneruskan pelajarannya di UiTM Shah Alam dalm jurusan senibina dan dia juga telah menjadi graduan diploma perakaunan di KTD. Safwan pula merupakan adik yang mempunyai impian yang tinggi. Merupakan seorang yang peramah dan pandai mengambil hati terutama kanak-kanak. Amat berminat untuk menceburi bidang jurukur selepas menamatkan SPM dan kini nmeneruskan pelajarannya ke ipt. Juga seorang yang suka berdebat dan tegas dengan pendapatnya. Nadhirah atau nama panggilannya kak na merupkan adik perempuan sulung dalam keluarga kami. Seorang yang sangat ringan tulang membantu umi membuat kerja-kerja rumah. Kak na mempunyai banyak persamaan sifat dengan angah. Seorang yang rajin dan bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Syafiq pula seorang yang agak keras kepala dan suka membuat halnya sendiri. Namun, syafiq seorang yang sangat mudah untuk membantu orang lain. Sekarang syafiq telah banyak berubah sejak masuk ke MATRI dari segi fizikal,akhlak dan sebagainya. Dia semakin tinggi dan telah menceburi sukan bola tampar seperti along juga suatu masa dulu.Afiqah pula seorang yang sederhana dan agak pendiam. Seorang yang susah berkawan namun setia dalam persahabatan. Malah, iqah juga seorang yang sangat ringan tulang untuk membantu orang lain. Seorang yang sangat mudah untuk dibawa bergurau. Akhir sekali,adik bongsu kami iaitu wan hazmi. Sudah berumur 8 tahun tetapi sangat petah bercakap dan berkata-kata. Seorag yang sangat manja dengan umi. Selain itu, hazmi juga seorang yang cepat belajar dan umi berhajat untuk menjadikannya seorang hafiz. Inilah ahli keluargaku yang sentiasa disisiku ketika susah dan senang. Along minta maaf kepada semua kerana along mungkin bukan anak, mahupun abang yang terbaik kerana banyak kekurangan namun along sangat menyayangi keluarga ini dan along akan cuba untuk beri yang terbaik, insyaallah..
Wednesday, January 19, 2011
Thursday, October 7, 2010
dimalam dinihari.....
suasana hening pagi....tiada kedengaran suara rakan-rakan serumah...yang ada hanyalah tiupan angin dari kipas berhampiran yang menyejukkan....sunyi.....terasa begitu sunyi.....saat ini aku terasa seperti ingin berfikir tentang kehidupan aku...kita...kamu...manusia....suatu perkara yang sering dan akan sentiasa berlaku dalam perjalanan kehidupan kita...banyak hal yang akan dibincangkan tentang kehidupan....banyak pendapat tentang kehidupan....pelbagai sejarah pengalaman kehidupan....semuanya berkaitan dengan sebuah kehidupan....yang hanya diberi peluang untuk merasainya cuma sekali....kita mahukan yang terbaik untuk kehidupan ini...semua juga inginkan begitu....siapa yang tidak mahu yang terbaik....??
bagaimana melalui kehidupan ini agar menjadi yang terbaik untuk kita....??terbaik bukanlah sesuatu yang menunjukkan hanya anda yang berjaya kerana dari sudut yang berbeza,kita semua lakukan yang terbaik untuk dapatkan yang terbaik...jadi terbaik itu hanyalah suatu dari nilaian kita sendiri....bukan orang lain,jiran kita,kawan kita mahupun ibu bapa kita...namun yang pastinya nilaian terbaik kita perlulah seiring dengan nilaian Allah dan juga syarak Islam..suatu yang pasti kerana Islam dan kehidupan adalah umpama darah dan daging...sebati bersama...
aku ingin melakukan yang terbaik untuk peluang masa yang masih diberikan pada aku....saat ini...aku perlu untuk berubah untuk sentiasa memotivasikan diri untuk melakukan yang terbaik...biarlah mungkin aku tidak seberjaya orang lain...dengan usaha aku yang terbaik,itu sudah cukup untuk natijahnya yang aku anggap terbaik untuk diriku...hanya untuk diriku...aku yang menilainya...
hanya untuk muhasabah diri kita.....sekadar belajar untuk bersyukur....terbaik pada orang lain tidak semestinya terbaik untuk diri kita...cukuplah sekadarnya....aku ingin belajar rahsia syukur...semakin kita bersyukur dengan apa yang kita ada, Allah akan tambah rezekiNYA dan nikmatNYA pada kita....mungkin perlu mencari erti sebenar kata-kata Allah itu...untuk benar-benar merasainya...bersyukurlah....kerana itu sudah yang terbaik untukmu...
bagaimana melalui kehidupan ini agar menjadi yang terbaik untuk kita....??terbaik bukanlah sesuatu yang menunjukkan hanya anda yang berjaya kerana dari sudut yang berbeza,kita semua lakukan yang terbaik untuk dapatkan yang terbaik...jadi terbaik itu hanyalah suatu dari nilaian kita sendiri....bukan orang lain,jiran kita,kawan kita mahupun ibu bapa kita...namun yang pastinya nilaian terbaik kita perlulah seiring dengan nilaian Allah dan juga syarak Islam..suatu yang pasti kerana Islam dan kehidupan adalah umpama darah dan daging...sebati bersama...
aku ingin melakukan yang terbaik untuk peluang masa yang masih diberikan pada aku....saat ini...aku perlu untuk berubah untuk sentiasa memotivasikan diri untuk melakukan yang terbaik...biarlah mungkin aku tidak seberjaya orang lain...dengan usaha aku yang terbaik,itu sudah cukup untuk natijahnya yang aku anggap terbaik untuk diriku...hanya untuk diriku...aku yang menilainya...
hanya untuk muhasabah diri kita.....sekadar belajar untuk bersyukur....terbaik pada orang lain tidak semestinya terbaik untuk diri kita...cukuplah sekadarnya....aku ingin belajar rahsia syukur...semakin kita bersyukur dengan apa yang kita ada, Allah akan tambah rezekiNYA dan nikmatNYA pada kita....mungkin perlu mencari erti sebenar kata-kata Allah itu...untuk benar-benar merasainya...bersyukurlah....kerana itu sudah yang terbaik untukmu...
Monday, September 27, 2010
hikmah kembara......
"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)". (Al-Baqarah 2:152)
namun begitu bersyukur bukan hanya sekadar suatu yang meniti di bibir kita....tapi dengan melaksanakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA...perlaksanaan ini akan memberikan kita lebih peluang untuk merasai nikmat-nikmatNYA...arus global hari ini telah melahirkan ramai manusia mengejar cita-cita dunia dan melupakan akhirat...sistem hari ini telah membuatkan manusia terus berada dalam kelalaian dan alpa...kadang-kadang dalam sedar dan tidak...ujian Allah yang hadir hanya sekadar untuk menguji hambanya namun hikmah yang tersembunyi begitu jauh dari pandangan hati...membuatkan manusia memilih untuk ingkar dan menyalahkan takdir...sehingga membuatkan mereka umpama orang gila di tengah ramai...
suatu kisah yang boleh dijadikan pedoman menggambarkan keteguhan hati seorang muslimah...suatu hari,dia diuji oleh Allah dengan ujian kehilangan seorang anak yang begitu disayanginya...melahirkan dan membesarkannya denga acuan islam..membuatkan dirinya begitu akrab dan rapat dengan anaknya...namun,sehinggalah suatu masa yang telah ditetapkan Allah sejak azali lagi...pemergian anak yang begitu disayangi...kehilangan yang begitu besar dalam hidupnya....berita yang pastinya akan membuat ramai ibu-ibu yang akan menangis dan meraung kesedihan...namun wanita ini menerima ketentuan Illahi ini dengan penuh redha...dalam tangisnya dia meluahkan rasa gembiranya kerana pada hari anaknya dikebumikan,ramai sahabat-sahabat anaknya yang hadir membuatkan dia merasa kehilangan seorang anak namun Allah telah menganugerahkannya lebih ramai anak...kata-kata yang mencerminkan keteguhan hati dan redhanya pada Allah....dia sedar anaknya itu bukan hak miliknya tapi hak Allah secara keseluruhannya...Allah hanya sekadar memberinya pinjam masa untuknya mencurahkan kasih sayang,mendidik anakya itu...amanah anak dari Allah padanya telah dilaksanakan dengan sebaiknya...semoga ibadahnya itu mendapat nilaian di sisi Allah....
begitu indah apabila Allah di hadapan dalam apa jua keadaan...hikmah adalah suatu ungkapan yang begitu selalu diungkapkan untuk memberi kekuatan pada teman yang menghadapi masalah...namun hikmah itu juga bukan sedar ungkapan...hanya hati yang benar mampu menilai hikmah disebalik musibah...memiliki hati yang benar adalah dari bersihnya hati...
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". (At-Taghaabun 64:11)
beitulah sifat Allah yang sangat bertepatan dengan namaNYA Allah Ar-Rahim, kasih dan sayangNYA pada hambaNYA begitu luas dan tidak bertepi...selangkah kita kepadaNYA beribu langkahNYA pada kita...terasa begitu hinanya kita sebagai hamba yang sombong pada tuan empunya...
(Surah Ali Imraan [3] : 193 )
Subscribe to:
Posts (Atom)