Tuesday, July 12, 2011

Ma'had Attarbiyyah Al- Islamiyyah (MATRI)...

TUGU
Ini adalah sekolah aku yang sangat-sangat aku rindui..selama 5 tahun aku menumpang di sini untuk menimba ilmu dan pengalaman…beberapa ketika dulu, aku telah berpeluang untuk kembali ke sekolah ini untuk berziarah..sekolah yang terletak jauh di utara semenanjung Malaysia,Perlis Indera Kayangan, sebuah negeri kecil yang indah dan permai…ketika aku melewati jalan-jalan di Bandar Kangar, satu persatu kenangan bersama teman-teman sewaktu aku baru mengenal dunia…Bandar Kangar yang kecil namun mempunyai kelengkapan yang secukupnya untuk keperluan penduduk  Perlis….ketika kakiku menjejaki tanah wakafan MATRI iaitu Ma’had Attarbiyyah Al-Islamiyyah, Beseri, Tunjung, Perlis, rinduku terasa terubat, rindu pada teman-teman sepermainan, rindu pada suasana ceria menghibur hati,rindu pada perkongsian pengalaman hidup teman-teman...sekolah yang bukan sahaja memberi penekanan terhadap akademik semata-mata malah ilmu agama yang menjadi ilmu fardu ‘ain, ilmu kemanusiaan dan juga ilmu kehidupan…sekolah yang berusaha untuk mendidik dan membentuk pelajar yang berkualiti dari pelbagai aspekdan menjadikan pelajarnya seorang pemimpin dengan motonya ‘ ULAMA’ PEWARIS NABI’…kenangan lalu satu persatu menerpa benak fikiranku..teringat sewaktu ditinggalkan untuk masuk ke tingkatan satu, sesiapa pun tidak aku kenal, terasa ingin pulang ke rumah…disamping tragedi kehilangan duit poket,membuatkan aku sangat sedih dan lebih kuat untuk balik ke rumah..tiap-tiap hari pasti telefon awam menjadi tempat tujuan untuk menghubungi umi…namun, pada bulan 2, umi dan abah telah mendapat jemputan untuk menunaikan haji di mekah…terputuslah hubungan ku dengan mereka buat sementara waktu…bermulalah hari-hariku bersama teman-teman…hari-hari yang dilalui penuh keseronokan dan kegembiraan..mengenali teman-teman baru yang datang dari hampir seluruh semenanjung Malaysia dan juga sabah, Sarawak telah membuatkan aku terlupa pada rumah sehingga aku hampir terlupa untuk menghubungi umi seperti awal-awalnya…
Antara kenangan yang masih terpahat di hati ini
  • Cerita yang selalu diulang-ulang sahabatku, peristiwa aku menumbuk telefon awam.
  • Bergaduh dengan sahabatku muttaqee misran ketika di tingkatan satu sewaktu kelas mengaji Al-Quran.
  • Bersama-sama umair, arwah munaim dan yang lain untuk tidur di musolla pada setiap malam hujung minggu.
  • Dikenakan denda oleh ustazah secara beramai-ramai di tengah padang sewaktu mengikuti kelas intensif bahasa arab.
  • Selalu melakukan aktiviti jungle tracking, panjat bukit tunjung, memancing di kolam dekat kebun MATRI bersama suhaib,ahmad, arwah munaim dan yang lain.
  • Meneman uluwan ke musolla pada tengah-tengah malam.
  • Ziarah ke rumah sahabatku nazwandy di kuala perlis.
  • Mewakili MATRI dalam perbahasan dan pidato.
  • BANDAR KANGAR
  • Mewakili MATRI dalam pasukan bola tampar.
MUSOLLA
hari ke hari,minggu ke mingu, bulan ke bulan, tahun ke tahun, pelbagai kenangan pahit dan manis yang telah aku lalui terpahat di hati dan akan terus tersimpan rapi..sedar tak sedar, 5 tahun telah berlalu sehinggalah kami masing-masing membawa haluan masing-masing dengan peluang, minat dan sebagainya untuk meneruskan perjuangan hidup….namun, kami tetap mencari masa untuk berjumpa kembali dan bercerita tentang cerita-cerita lama yang tidak akan pernah jemu untuk dibualkan dan dikenang…semoga ukhuwah fillah ini akan terus utuh,insyaallah….


SAHABAT-SAHABATKU

Sunday, May 8, 2011

selamat hari ibu....


sempena hari ibu ini....hayatilah lagu ini...ibu adalah insan yang sangat istimewa...tanpanya,kita tidak akan lahir di dunia ini...segala penat lelah,perit jerihnya ditempuhi...semuanya demi anak-anaknya yang disayangi dan dicintai...pengorbanan ibu itu tidak akan mampu untuk kita balas buat selamanya...terima kasih ibu.....saya sayang ibu saya.....terima kasih atas segalanya...maafkan segala kesilapan saya selama mana saya menjadi anak ibu...halalkan makan minum dan air susumu ibu....andai ada airmatamu menitis kerana diri ini...ampunkanlah saya,maafkan lah saya ibu...saya benar-benar sayangkan ibu...
berbaktilah pada mereka selagi mereka masih ada....doakanlah mereka jika mereka telah tiada...kasihnya ibu dan ayah hingga ke akhirat....


Tuesday, March 15, 2011

Puitis biologi…(suatu ketika)

Suatu petang yang hening, terasa damai di hati ini bagi seorang graduan UiTM Shah Alam dalam jurusan kejuruteraan awam yang masih lagi menunggu tawaran kerja dari mana-mana syarikat yang sudi mengambil aku berkhidmat. Mencari sesuatu yang berfaedah untuk mengisi masa luangku yang sememangnya sangat terluang. Buku-buku yang tersusun bertingkat-tingkat di atas lantai bilik tidur kami adalah kenangan sewaktu aku masih menuntut di universiti. Pelbagai judul buku yang terdapat di situ. Satu persatu aku belek dengan niat untuk mengemas sebenarnya, disamping mencari bahan-bahan yang masih boleh digunakan. Tiba- tiba, tangan aku mencapai satu fail merah yang sangat usang, di dalamnya terdapat pelbagai barangan dan kertas –kertas yang begitu memberi makna kepada aku sejak dari sekolah menengah lagi. Setiap kali menatap fail ini, pasti pelbagai peristiwa lalu bagaikan sengaja diputarkan di dalam minda imaginasi aku, seolah-olah aku sedang menonton televisyen. Dalam berpuluh-puluh helaian kertas itu, terdapat sehelai kertas A4 yang aku lihat sudah agak kekuningan, mungkin disebabkan dimamah usianya. Di  atas kertas itu tercatit suatu yang istimewa sebenarnya, ada cerita disebaliknya. Suatu puisi semasa aku di tingkatan 4, sekadar suka-suka untuk mengisi ruang buku amal kelas bagi mengumpulkan sedikit dana untuk kelas kami. Inilah puisi yang terlukir di situ

Tajuk : Ameba

Ameba,
Kau hidup di air tawar,
Walaupun kau unisel,
Kau senantiasa bersyukur,
Ke hadrat  Illahi yang Maha Pencipta.

Ameba,
Walaupun kau sangat kecil,
Tidak dapat dilihat dek mata,
Tetapi siapa sangka,
Kau dapat hidup dan mencari makanan.

Ameba,
Kau juga seperti hidupan lain,
Iaitu perlu kepada keturunan,
Agar tidak lenyap spesismu,
Belahan dedua dan spora itulah caranya.

Ameba,
walaupun saizmu kecil,
Siapa sangka kau sentiasa berdoa,
Agar manusia diberi kebaikan oleh Allah s.w.t,
Walaupun manusia tidak menghargainya.

Ameba,
 Walau aku adalah hamba Allah yang multisel,
 Tapi kurasakan kau jauh lebih baik dariku,
Kerana kau sentiasa patuh arahan Allah dan sentiasa berzikir,
Berbanding diriku yang kadangkala melanggar perintah Allah,
Dan kadangkala melupai Allah s.w.t.

Ameba adalah makhluk Allah yang unisel, itulah yang masih tersisa di dalam ingatanku. Ia menjadi inspirasi kepada aku untuk sentiasa merendah diri pada Allah s.w.t. Bertahun telah berlalu, semoga semua ini diberi ganjaran Allah dan di beri keredhaanNYA. Sekadar perkongsian rasa semasa aku masih seorang pelajar sekolah menengah suatu ketika dahulu.