bandar besar yang sering memberi peluang pilihan yang juga besar
Hmmmm…pilihan hidup?????suatu persoalan yang sering kali mengganggu fikiran dan membuatkan manusia gelisah dan tidak tenteram…hidup mmg perlu ada pilihanseperti firman Allah yg banyak termaktub dalam kitab suci Al-Quran,kita yang memilih untuk diri kita berada pada jalan taqwa mahupun fujur,memilih islam sebagai DEEN mahupun yg lain…semuanya terletak pada tangan kita,hati kita,usaha kita….
tangan2 yang diharap mampu membuat pilihan yang terbaik
namun tidak semuanya pada kita kerana siapalah kita…siapa kita???adakah kita punya kuasa untuk mengawal segalanya??tidak…kita hanya hamba,hamba ciptaan Allah…Allah itu Maha Mengetahui,walaupun itu pilihan kita tapi sebenarnya Allah yang telah menentukan pilihan kita,kerana hatta setiap kali hembusan nafas kita pun dalam genggamanNYA…manusia hanya terbatas pada kudrat,akal,emosi yg dianugerahkan Allah dan kita tidak tahu apa yg telah Allah sediakan terbaik untuk kita …kuasa Allah itu mampu mengatasi segalanya…andai pilihan y kita buat itu bukan takdirnya,Allah akan ubah dan tetapkan takdir yg lebih baik untuk kita…dan jika pilihan kita itu sememangnya telah menjadi takdir kita,berbahagialah…yang memilih adlah manusia kerana setakat itu had kemampuan kita dan yg selebihnya padaNYA..
berdoa supaya diberikan yang terbaik untuk kita
kuatkanlah hubungan kita dengan Allah,jgn pernah putus asa dalam berusaha dan berdoa…teruskanlah selagi nyawa dikandung badan…semoga ada diantara impian,hasrat,pilihan kita adalah takdir yg telah tersurat kerana dalam hidup kita ini,terlau banyak hikmah Allah yg kadang-kadang diluar jangkaan kita.