Monday, December 21, 2009

Ritma kehidupan




Perjalanan hidup membuat kita kenal erti kehidupan…onak duri dan liku-liku membuat kehidupan ini terasa manisnya…tanpa kesakitan,tak terasa nikmatnya sihat,tanpa kesusahan,tak tersa nikmatnya Berjaya…manusia dan kehidupan tidak pernah sempurna kerana kita mmg diciptakan tidak sempurna,namun peluang masih diberi untuk kita menimba ilmu dlam pelbagai skop dan sudut untuk mencari dan menuju kesempurnaan..kesempurnaan mmg amat-amat sukar dicari,kerana mugkin itula kita diajar untuk mengenal erti syukur dan redha…

       liku hidup untuk mencari sesuap rezeki


hidup beerti belajar dan terus belajar…jangan jadi bodoh sombong kerana orang yang pandai tahu apa yg dia tidak tahu manakala orang yg bodoh sebaliknya…biarlah kita menjadi umpama resam padi,makin berisi makin tunduk kerana sesungguhnya ilmu Allah itu sangatlah luas,semakin banyak yg ditimba semakin banyak yg kita tidak tahu…semuanya itu akn beri kebahagiaan…kebahagiaan beri ketenangan,ketenangan datangnya dari hati dan hati perlu bersih…manusia sememangnya diciptakan secara fitrah suci diri dan hati…semuanya milik Allah,tuhan yg Esa.Rabb sekelian alam…jadi usah runsing dan gusar,setiap masalah pasti ada penyelesaian….akal manusia terbatas tapi hikmah Allah itu tidak bertepi…kekurangan dan kelebihan pasti ada hikmahnya…kadang-kadang bukan sekadar masalah tapi mungkin teguran dan peringatan dari tuhan alam ini…masalah datang dariNYA begitu juga penyelesaiannya…


hidup bnyak memberi kita pelajaran


hidup di dunia pasti menemui mati dan matinya manusia untuk hidup abadi…tak tergambar sakitnya mati dan tak terjangkau kehidupan hakiki…biarlah kita bersusah dahulu,bersenang kemudian,biarlah bersakit dahulu,bersihat kemudian…biarlah orang ketawa di dunia,belum tentu dia ketawa di akhirat,menangislah di dunia,kerana kau akan ketawa di akhirat….

bagaimanakah pengakhiran hidup kita??

sama2 kita renungkannnnnnnnnnn....................................


 


5 comments:

  1. nak berjaya didunia, kena la susah2 dulu, baru lah nampak hasilnya.,...kadang2, Allah swt beri lebih rezeki kepada orang yang kurang usaha,...itu semua kehendak Ilahi,... Akhirat pula, kita nak kata diri kita sudah cukup diuji..apakah ujian yang kamu hadapi...??..

    para sahabat, tabi'in,...tiada yang mati dengan senang, pernah hidup dengan dipulaukan masyrakat dan keluarga sendiri, di fitnah dengan tohmahan-tohmahan yang teruk, di penjara bertahun-tahun, dan pelbagai seksaan lagi... tetapi, zaman sekarang, kitab merekalah yang kita bukak, yang kita amalkan, yang kita pegang,...

    ReplyDelete
  2. mmg suatu pengisian yg m'beri kesedaran kpd p'baca...syukran jazilan ya akhi basyir...

    ReplyDelete
  3. daud-mmg semua tu lumrah kehidupan daud...mmg x leh lari,cuma kkadng diri kita je yg cuba menafikannya...

    ucop-sme2...perkongsian yg tak seberapa...

    ReplyDelete
  4. Ustaz basyir,...ayuh kita meniti jalan ke syurga,..tinggalkan persimpangan yang menyasarkan kita,...

    ReplyDelete
  5. kalaulah kita x perlu meniti ke jalan syurga...tp jalan yg menyasarkan tu kita boleh pulak berlari...namun kesusahan meniti tu mmberi nikmat yg lebih tinggi nilainya..

    ReplyDelete