Wednesday, August 3, 2011

bonuslink di bulan RAMADHAN....





assalamualaikum....hari ini 4 Ramadhan 1432H bersamaan dengan 4 Ogos 2011...dah masuk hari keempat menjalani ibadah puasa pada tahun ini....mungkin puasa pada tahun ini sangat istimewa buat aku kerana pertama kali meraikan bulan Ramadhan ini sebagai seorang suami...banyak perkara baru yang dirasai...kebanyakannya kami lakukakan bersama.....ke masjid untuk terawih, ke bazar Ramadhan, tadarus Al-quran dan sebagainya..alhamdulillah....semoga Ramadhan kali ini memberi  peluang untuk aku melaksanakan ibadah ini lebih baik dari Ramadhan sebelum-sebelumnya...aku berasa sangat-sangat bersyukur atas segala yang telah dikurniakanNYA kepadaku....



tajuk post ini adalah bonuslink di bulan Ramadhan....sebenarnya tajuk ini diambil bersempena sebuah forum yang akan diadakan di KPM Branang pada hujung minggu ini...

sekadar ingin berkongsi input yang bakal disampaikan di forum berkenaan....

harap-harapnya mampu memberi peringatan buat diri sendiri terutamanya dan juga kepada orang lain,insyaallah....


soalan pertama

bagaimanakah bulan Ramadhan dapat mendidik umat islam serta membentuk ummah yang berjiwa Rabbani????

soalan kedua 

apakah yang menyebabkan amalan puasa ditolak???

soalan ketiga

bagaimanakah hendak istiqamah melakukan amalan sunat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan????


agak mencabar juga soalan-soalan yang diajukan ini...
cuba jelah jawab yang terbaik dan setakat yang mampu kan..semoga Allah permudahkan segalanya..

        Secara tuntasnya, bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat istimewa bagi semua umat islam di dunia ini...sejak zaman Rasulullah,para sahabat sangat menanti-nanti bulan ini dan apabila perginya Ramadhan,mereka menangis kerana bimbang tidak mempunyai peluang untuk bertemunya lagi...disini,tidak dapat digambarkan betapa istimewanya Ramadhan kepada para sahabat Rasulullah....

        Bulan Ramadhan dikenali dengan pelbagai nama seperti bulan mulia,bulan tarbiyyah,bulan madrasah dan sebagainya...nama-nama ini diberikan berdasarkan sifat sebenar bulan Ramadhan ini sendiri..pelbagai hikmah dan kebaikan yang dapat kita perolehi dalam bulan Ramadhan ini...antaranya ialah pahala sunat digandakan kepada pahala wajib dan pahala wajib digandakan 70 kali ganda...pemurahnya Allah dalam rangka memotivasikan diri kita untuk mengejar janji Allah dan segala yang diganjarkanNYA...semua ini adalah peluang kepada kita bagi melatih diri untuk lebih kuat beribadah kepadaNYA kerana seperti mana yang kita sedia maklum..penghidupan kita di dunia ini hanyalah untuk kita melaksanakan ubudiyyah kita kepada Allah semata dan  tidak ada selain dari itu..seperti mana yang telah difirmankan Allah dalam surah Adzzariyyat...dengan latihan yang kita jalani selama sebulan ini dapat melahirkan diri kita yang baru, yang lebih baik dalam usaha untuk menjadi insan Rabbani dan seterusnya membentuk ummah yang berjiwa Rabbani...jiwa-jiwa yang sentiasa ingin dekat dengan Allah dan sentiasa berusaha untuk mencari mardathillah..


Imam ghazali telah membahagikan puasa manusia ini kepada tiga golongan....

iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khususul khusus....

puasa umum adalah mereka yang berpuasa hanya dengan menahan lapar dan dahaga...

puasa khusus pula ialah puasa mereka yang berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga serta anggota tubuh badan mereka yang lain...

manakala puasa khususul khusus pula ialah puasa bagi mereka bersih hati dari syirik kepada Allah, mereka yang redha ketentuan Allah, mereka yang mengejar dan membuktikan cintanya kepada Allah...

jadi di manakah diri kita di dalam tiga golongan manusia yang berpuasa ini??...marilah kita menilai puasa kita...

ramai yang mampu menahan lapar dan dahaga tetapi ramai yang kecundang pada perkara-perkara yang lain...puasa mereka memang tidak akan ditolak tapi sebagai hambaNYA, adakah kita ingin mepersembahkan sesuatu yang terbaik atau pun yang buruk kepada Allah di akhirat kelak....tepuk dada dan tanyalah diri anda sendiri...

           Persediaan memasuki bulan Ramadhan adalah sangat penting kerana seperti yang digambarkan oleh ustaz Sa'id Hawwa dalam kitabnya Al-Islam..Ramadhan ini umpama sebuah sekolah...secara asasnya kita perlu bersedia unuk memasuki sebuah sekolah dengan pelbagai kelengkapan termasuklah mindsetting kita ataupun azam kita...dan di sekolah itu,kita akan melalui pelbagai proses dan akhirnya apabila kita keluar, kita telah menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya...analogi ini sangat sesuai dengan Bulan Ramadhan...jika kita  telah bersedia untuk memasuki Ramadhan, kita akan berusaha semaksima mungkin untuk melaksanakan segala ibadah dan tuntutan Allah termasuklah amalan-amalan sunat..kerana ingat lagi tak berapa ganjaran untuk amalan sunat di bulan Ramadhan??begitu besar pahala yang dijanjikan Allah kepada kitakan...jadi setelah itu,pada 1 syawal, kita akan menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya kerana kita telah melalui Ramadhan dengan usaha yang terbaik...dan insyaallah,apa yang kita dah laksanakan di bulan Ramadhan kita perlu cuba kekalkan pada bulan-bulan seterusnya sehingga kita bertemu lagi bulan Ramadhan untuk kita perbaiki lagi kekurangan kita...jangan bimbang, perasaan malas untuk buat perkara sunat ini pada luar bulan Ramadhan akan lahir jika kita cuba untuk meninggalkan amalan itu...jika kita berusaha untuk istiqamah,segalanya tidak mustahil...


Begitulah sedikit huraian dari beberapa soalan di atas...harapannya terjawablah soalan-soalan itu...maaf atas kekurangan dan yang kurang itu dari diri ini, hambaNYA yang lemah dan yang baik itu dari Allah s.w.t..semoga kita sama-sama memperoleh keredhaan Allah di bulan Ramadhan ini dan juga sepanjang hayat kita di dunia,insyaallah...



bazar Ramadhan

terawih
tadarus Al-Quran

sekian,sehingga bertemu lagi...   

2 comments: