Tuesday, January 8, 2013

Amani Sudah Setahun

"Anak-anak itu ibarat kain putih,dan sesungguhnya ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorak mereka."

kata-kata yang membuatkan aku termenung suatu ketika dahulu. Tanggungjawab yang sangat besar buat insan yang bergelar ibu dan bapa. Sungguh aku jua bimbang akan perlaksanaan tanggungjawab ini. Mampukah aku melangsaikan amanah Allah s.w.t ini dengan sebaiknya. Namun aku percaya tiada yang mustahil dalam kehidupan ini jika kita sentiasa berhubung dan bergantung hanya pada yang Maha Berkuasa dan Maha Hebat, Allah s.w.t. Lalu aku tanamkan azam untuk berusaha sebaik yang aku mampu dalam mendidik anak-anakku. Mungkin tidaklah sebaik Imam Hassan Al-Banna dan apatah lagi Nabi Muhammad s.a.w. Aku cuba perbaiki kelemahan yang ada pada diriku untuk dapat dijadikan contoh buat anak-anakku. Aku berharap agar mereka tidak mengambil kelemahan aku sebagai pegangan.

anak sulungku kini sudah genap berumur setahun. Sekejap rasanya masa berlalu, sudah setahun kami menjaga dan mendidiknya. Aku rasakan baru semalam isteriku melahirkannya. Wan Nur Amani, sungguh telatahnya membuatkan aku rasa hilang penat. senyumannya, gelak tawanya, rengekannya, tangisannya. Semuanya membuatkan aku rasa terhibur. Masih terbayang di mataku ketika dia mula merangkak dan juga memulakan langkah pertamanya. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata semua kenangan itu. Benarlah kata orang hanya insan yang melaluinya sahaja mampu merasainya. Kaum ibulah yang paling gembira termasuklah jugak tok umi dan nanny amani yang asyik membicarakan mengenainya. Sudah besar anak baba. Baba doakan amani akan jadi anak,wanita, dan hamba Allah yang solehah. Aku tahu anak-anaklah sebenarnya harta yang terbaik untuk aku tinggalkan setelah kembali kepadaNYA. Doa anak yang soleh dan solehah akan menyuburkan alam kuburku sebelum kita semua dibangkitkan di padang mahsyar kelak. Semoga aku benar-benar mendidik dirimu dan tidak hanya menjagamu untuk memastikan corak yang terlukis adalah yang tercantik dan terindah buatmu.

Dari Abu Hurairah Radiallahu 'Anhu katanya, rasulullah SAW telah bersabda : " Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya." (HR Muslim)


Selamat Hari Lahir Amani!



Kek Amani,Iqah,Syafiq



Amani & baba


Amani dan Teddy bear


Amani solehah :)

Friday, December 14, 2012

~10.12.10 - 10.12.12~

sungguh indah kata cinta.
mengusik hati sang teruna & dara.
tidak ada cinta tanpa kasih sayang.
tiadalah manusia tanpa rasa cinta.

namun ia tetap tiada ertinya.
jika tanpa limpahan kasih dan cintaNYA.



-------------------------------------------------------------------------------
mainkan lagu dibawah sambil baca ye..:)


buat isteriku yang amat aku cintai Nur 'atiyah...semoga kita dapat terus hidup bersama hingga ke syurga...berusaha bersama-sama perbaiki kelemahan dan perbetulkan kesilapan...semoga cinta kita diredhaiNYA..

suatu ketika yang aku masih ingat

aku masih ingat suatu ketika dahulu..aku selalu membayangkan untuk menyunting bunga di taman yang cukup indah...kerna aku pasti disana terdapat pelbagai jenis bunga yang cantik dan harum..bagiku sahibah MATRI adalah yang terbaik..
sehingga kini aku masih beranggapan begitu..kerna mereka wujud di taman seindah itu(MATRI)..sering dijaga rapi dengan tarbiyyah,sering dibajai dengan iman dan taqwa, sering disirami peringatan jua teguran..semuanya cukup sempurna untuk menjadikan mereka sekuntum bunga yang mekar cantik dan indah.

dan aku juga selalu membayangkan diriku ini yang tidak layak menyunting sebarang bunga ditaman itu kerna aku hanya sang pekebun yang senantiasa dipaliti lumpur dan kotornya jahiliyyah..aku hanya mampu melihat dikejauhan dan mendoakan agar mereka dipetik insan selayaknya.

Itu hanyalah pandangan aku sewaktu aku masih bersekolah dulu kerna ruang lingkup aku hanyalah MATRI selama 5 tahun itu. Hakikatnya bunga yang cantik memang ada di taman yang indah namun tetap ada dikalangan lalang. Semuanya cantik ciptaan Allah s.w.t dan manusia itu cantik kerna akhlak dan taqwanya. 

Alhamdulillah kerna Allah telah beri yang terbaik buat diriku. Takdir Allah membatasi segalanya..andaian dan bayangan tiada yang jadi mustahil dengan izinNYA..sekuntum bunga yang cantik dipandangan mataku..aku gagahi untuk menyuntingnya menjadi peneman hidupku..menemani perjalanan hidupku mencari cinta sejati,cinta Illahi..dia adalah pelengkap hidupku..dan aku berharap ia tetap setia disisiku hingga aku bertemu tuhanku...

kini 2 tahun telah berlalu..aku sangat bahagia hidup bersamanya..susah dan senang dihadapi bersama..ramai juga teman yang bertanya kepayahan dan jerihnya rumahtangga..aku katakan pada mereka yang pahit itu kadang beri bahagia..tanpa pahit kita mungkin tidak akan kenal erti manis..terima kasih buat kaum keluarga,teman-teman yang senantiasa mendoakan kami..sungguh kami amat menghargainya..hanya Allah sahaja yang tahu betapa rasa beruntungnya kami punya kenalan seperti kamu semua...semoga Allah redha dengan kita dunia dan akhirat..

sayang awk sangat kerana Allah..:)


lagu buat Nur'atiyah




-2010-


-2011-


-2012-


Saturday, November 17, 2012

GAZA diserang zionis lagi!!!!!


tatkala kita sedang enak diulit mimpi indah,saudara kita di gaza sedang berjaga demi keselamatan.
tatkala kita sedang seenaknya menyantap pelbagai lauk kegemaran,saudara kita di gaza sedang kelaparan.
tatkala kita sedang gembira bersenda gurau,suadara kita di gaza sedang menangis ketakutan bersama.
tatkala bumi kita basah dihujani air.saudara kita di gaza sedang dihujani dengan roket,peluru dan juga bom.

sedikit perbandingan untuk kita mengetuk hati dan jiwa agar merasai hakikat sebuah pengorbanan dan perjuangan....mereka berada dalam keadaan yang serba kekurangan namun mempunyai kekuatan luar biasa untuk menghadapi segala bentuk ancaman dari zionis laknatullah.peluru berpandu telah membunuh pemimpin gaza. tidak cukup dengan itu, beratus lagi peluru berpandu dilepaskan dan membedil apa sahaja yang berada di hadapan. hancur musnah bangunan,rumah kediaman,kedai dan sebagainya. anak-anak kecil dan warga tua tidak terkecuali bertemu syahid. serangan demi serangan tidak berhenti dan mereka sememangnya tidak akan pernah berhenti selagi mana bumi ini tidak kiamat. pelbagai solusi dari negara-negara dunia cuba untuk digunapakai dan diimplimantasi, namun semuanya menemu jalan buntu. kerna ini bukan masalah hubungan antara negara  mahupun manusia semata bahkan lebih dari itu melibatkan agama ISLAM itu sendiri.



Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
(Al-Baqarah 2:120)


mereka di gaza adalah saudara kita dan bukannya orang asing yang tidak kita kenali. maka kita perlu turut merasai apa yang sedang mereka rasai. dengan rasa hati itulah yang akan menguatkan keazaman kita bagi membantu mereka. dengan rasa hati itulah akan menyedarkan kita tentang hakikat ukhuwah islamiyyah. dengan rasa hati itu jualah kita akan buat apa sahaja demi membantu mereka.


Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW :

"Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri"


maka renungkanlah ke dalam diri kita. menilai kemampuan dan kekuatan yang ada demi membantu saudara kita di sana. ada yang mempunyai semangat yang kuat untuk berkhidmat sebagai para pejuang di sna,maka silakanlah. dan jika tidak, banyak cabang dan jalan yang boleh dipilih bagi mengurangkan bebanan mereka, mungkin dengan menderma dan berdoa kepada Allah s.w.t agar diberi kekuatan kepada mereka.


ayuh!!para pejuang agama Allah s.w.t....musuh Allah sedang menggasak ISLAM dan ummatnya...mana mungkin kita berdiam diri sahaja....sedarkanlah diri kita,bangunkanlah jiwa kita dan gerakkanlah usaha kita...